MARISSA meniliki penampilannya untuk kali terakhir sebelum tersenyum dengan perasaan yang puas. Wajahnya yang asli lebam kebiruan berjaya juga dikaburkan dengan solekan yang agak tebal. Memang sudah menjadi kepakarannya berbuat seperti itu kerana enggan orang luar tahu cerita sebenar dalam rumah tangga mereka. Hari ini Marissa mempunyai janji temu makan tengah hari bersama isteri kepada Tengku Aizat. Tengku Aizat adalah rakan niaga Tengku Riz Farhan, antara usahawan yang berpengaruh dan berjaya setaraf dengan Tengku Riz Farhan sendiri juga. Begitulah tugasnya menjadi seorang isteri kepada Tengku Riz Farhan. Dia perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua kenalan lelaki itu. Kadangkala, Marissa ...