Bab 3

Romance Completed 174752

TENGKU RIZ FARHAN meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja sebaik sahaja panggilan telefon yang dibuat tadi ditamatkan. Seharian ini jadual pekerjaan amat penuh namun dia sudah terbiasa kerana kehidupannya hanyalah tertumpu pada keuntungan perniagaannya sahaja. Jam di dinding dilirik, sudah agak terlewat tetapi meja makan yang sedang dia diami ketika itu pula masih kosong. Sial! Hal-hal yang seperti inilah yang selalu membuatkan darahnya naik.

"Suri!"

Akhirnya, pecah juga tengkingan kasar lelaki itu. Namun gerangan yang dilaung masih juga tak memunculkan diri. Benar-benar membakar hati yang sedia kepanasan.

"Suri!!!" Sekali lagi Tengku Riz Farhan melaung, kali ini dengan nada yang lebih kasar dan keras.

Marissa muncul dalam keadaan yang terburu-buru, berjalan menunduk bersama serautan riak yang sangat takut sambil mengangkat tubuh kecil Tengku Laayin bersamanya.

"Tengku,"

"Papa!"

Sesaat bagaikan mati tatkala Tengku Laayin menyebut gelaran itu. Wajah bengis ayahnya dia balas dengan sebentuk senyuman manis, manisnya persis wajah Marissa.

"Aku panggil Suri, aku bukan panggil kau berdua! Mana Suri?!" Tengku Riz Farhan menyoal kasar sambil menatap ke arah anak isterinya dengan tatapan yang sangat benci. Wajah anak perempuan yang benar-benar seiras dengan wajah suci Marissa terlalu membuatkan hatinya semakin benci. Aura pembawaan sialnya memang ketara sungguh!

"Suri keluar, Tengku. Barang-barang dapur banyak yang habis," jawab Marissa selembut mungkin.

"Dah tu, dia tak reti ke nak siapkan makanan aku dulu?! Dia nak suruh aku tunggu berapa jam lagi?! Kenapa bodoh sangat manusia dalam rumah ni???" Tengku Riz Farhan menengking sebelum melemparkan pinggan kosong yang sedia tersusun kemas di atas meja makan itu ke lantai.

Pranggg! Pecah berderai semuanya. Puas hati lelaki kejam itu melihat.

Tengku Laayin terus merengek sebelum berebutan menyorok ke dalam dakapan Marissa. Dia gerun walaupun sudah terbiasa melihat cara kasar ayahnya melayan mereka berdua.

"Di... dia tak sempat. Tak apa, saya boleh siapkan sarapan Tengku."

"Aku tak nak makan pun masakan kau, perempuan! Kau ingat aku bodoh macam kau?! Kau ingat aku tak tahu yang kau memang berniat nak bunuh aku?!"

"Tak, saya tak pernah berniat macam tu!"

"Kau ni kan, aku dahlah tengah lapar! Kau boleh-boleh pula menjawab lagi kan?!" Tengku Riz Farhan bangkit lalu melempang pipi Marissa sekuat tenaganya tanpa sebarang amaran. Dayus? Tak! Tiada istilah dayus di antara mereka berdua kerana rasa sakit hatinya kepada seluruh keturunan Marissa lebih parah daripada itu.

Perih, sakit, itu yang sedang Marissa rasa namun kulit tubuhnya sudah terlalu biasa menerima semua itu. Selagi belum menutup mata, selagi itu jugalah dia akan terus merasai penyeksaan ini. Tiada apa yang Marissa mampu lakukan selain daripada mengesak tanpa suara. Bekas tamparan dan pukulan suaminya malam tadi masih sahaja terasa kuat, kini ditambah lagi!

"Keturunan kau memang pembawa sial, Marissa. Aku bencikan kau! Aku bencikan kau dengan haiwan yang kau bela ni!" Wajah Marissa dengan wajah polos Tengku Laayin ditunjuk mati sebelum rambut isterinya itu langsung dicengkam lalu ditarik kasar. "Lain kali kau pesan pada Suri, sebelum keluar sediakan sarapan untuk aku dulu! Aku nak dia yang masak! Aku tak akan makan benda yang kau masak sebab aku tahu, otak kau dengan otak mak bapak kau kat neraka tu sama-sama kotor! Otak pembunuh! Ni, haiwan peliharaan kau ni besar nanti pun akan jadi pembunuh kau tahu tak?!" Berjuntai-juntai kata makian dan celaan itu terluah daripada bibir Tengku Riz Farhan sebelum terus melangkah keluar.

Dia masuk ke dalam keretanya, lalu terus memecut laju meninggalkan kawasan rumahnya itu. Tidak betah menatap wajah dua manusia yang terlalu dia benci.
Namun perasaanya langsung menjadi lain saat dia tiba-tiba sahaja terpandang pada telapak tangannya yang ketika itu sedang dicemari dengan cairan darah merah. Darah? Ya, darah sungguhan! Bukan dia tidak biasa mengerjakan Marissa tetapi ini kali pertama dia melakukan kekejaman yang separah ini. "Mar... Marrisa!"

TENGKU RIZ FARHAN mendengus kesal untuk kesekian kalinya.  Dia cuba fokus tetapi gagal. Gagal dek terganggu memikirkan seorang wanita, iaitu Marissa.

Berkali-kali tangan yang sempat tercemar dengan darah Marissa tadi dipandang dan entah mengapa, perasaannya begitu lain. Walaupun hampir setiap hari Marissa menjadi tempatnya meluahkan rasa marah dan sakit hati, tetapi ini kali pertama dia memukul wanita itu sehingga berdarah. Tidak banyak, hanya secalit namun tetap membuatkan Tengku Riz Farhan tidak keruan.

"Argh!"

Tengku Riz Farhan akhirnya bangkit, mencapai barangan peribadinya lalu terus melangkah ke luar. Tidak dipedulikan tatapan para pekerja yang sedang hairan memandang kerana mereka juga takkan berani bertanya atau menegur.

Masuk sahaja di dalam kereta, Tengku Riz Farhan terus memandu pergi. Sempat singgah membeli sejambak Mawar segar yang berwarna merah putih, dan setelah it barulah dia memandu pulang. Semua itu dia lakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana selagi tidak melihat keadaan Marissa, selagi itu jugalah hatinya tidak akan tenang.

Memang dia berdendam dan memang dia terlalu benci terhadap isterinya itu tetapi dia tetap enggan Marissa mati dengan cara yang mudah.

Tiba di rumah, Tengku Riz Farhan langsung meluru masuk. Suasana di dalam rumah besar itu hanya sunyi tetapi tidak hairan kerana waktu-waktu seperti itu, Tengku Laayin sudah semestinya sedang beradu. Bangun nanti dia, kecoh kembalinya rumah itu dengan gelak dan tawanya.

Tengku Riz Farhan sempat terserempak dengan Suri ketika mahu menaiki anak tangga, tetapi seperti biasa Suri hanya menunduk hormat. Biar penasaran, tetapi mana berani seorang pembantu rumah itu menyoal mengapa majikannya itu pulang awal, tidak seperti biasanya.

"Marissa di mana, Suri?" tanya Tengku Riz Farhan. Kelibat isterinya dicari, tetapi gagal ditemui.

"Che Puan lagi istirehat di kamarnya, Tengku."

"Dia udah makan, belum?"

"Be... belum. Lagi ngak enak badan katanya."

"Hmmm!" Bersama gumaman tegang dan angkuh, Tengku Riz Farhan segera meneruskan langkahan. Ruangan tidur Marissa didatangi lalu terus diterjah masuk. Setelah seharian menahan perasaan, akhirnya dia mampu juga menarik nafas lega sebaik sahaja melihat susuk kaku isterinya sedang berbaring mengiring di ats katil beradunya.
Dengkuran halus Marissa membuat Tengku Riz Farhan tersenyum, bahagia kerana isterinya itu masih lagi bernafas.

Melangkah mendekati Marissa, Tengku Riz Farhan kemudiannya duduk di sisi wanita itu. Lama wajah Marissa ditatap, hujung bibirnya yang terlihat sedikit biru dan lebam dia usap perlahan. Dalam berasa benci, terselit juga rasa simpatinya buat wanita itu.

Marissa sedikit menggeliat ketika merasakan tidurnya terganggu. Kelopak mata yang terasa masih memberat dibuka paksa sebelum samar-samar wajah tegang Tengku Riz Farhan menyapa pandangannya.

Wajah bengis yang menakutkan, tetapi entah mengapa langsung tidak cukup untuk membuatkan Marissa gerun. Sebaliknya, dia terus menepis lembut tangan kasar yang sedang mengusap hujung bibirnya ketika itu. Tidak perlu menyoal, Marissa sememangnya sudah tahu mengapa suaminya pulang awal pada hari itu apalagi ketika melihat ada jambakan bunga mawar berbeza warna dalam pegangan lelaki itu. "Ish, tsk!" Dia berdecit sebelum kembali memejamkan mata.

"Suri kata kau belum makan lagi. Kenapa?" soal Tengku Riz Farhan dengan nada yang kasar sambil tangannya sibuk membelai rambut Marissa.

"Nanti." Sepatah dijawab Marissa.

"Kau dah mandi?"

Marissa kini diam, tidak peduli langsung dengan pertanyaan suaminya itu.

"Marissa, aku tanya kau ni!"

Ditengking? Tapi masih juga Marissa diam.

Tengku Riz Farhan terus mengetap bibirnya rapat-rapat. Geram!

"Pakaian kau ni dari pagi tadi kan?!" tanya Tengku Riz Farhan lagi dengan kasar. Lengan baju isterinya ditarik, juga dengan kasar lalu diamati. Ya, memang benar. Pakaian sama yang dipakai Marissa awal pagi tadi. "Kau belum mandi lagi, kan Marissa?"

"Belum."

Nada selamba Marissa itu benar-benar membuatkan Tengku Riz Farhan semakin bengang. Jam tangannya dilirik, sudah hampir pukul 2 petang. "Kau bangun sekarang, pergi mandi!" arah Tengku Riz Farhan dengan tegas.

Namun, tiada juga respons daripada Marissa sebaliknya selamba saja dia menarik selimut lalu menutupi seluruh wajahnya.

"Apa nak jadi dengan kau ni, Marissa?! Kau tahu kan, aku paling pantang dengan manusia pengotor?!" Tengku Riz Farhan menjerkah kuat. Ya, kuat tetapi tidak cukup kuat untuk membuatkan Marissa berganjak daripada posisi santainya. Wanita itu kekal kaku, kekal memejamkan mata.

"Pergi mandilah, Marissa!"

"Nanti. Saya mengantuklah, Tengku."

Kali ini, Tengku Riz Farhan benar-benar kehilangan rasa sabar. Jambakan bunga Mawar tadi diletakkan di atas meja, lengan kemeja panjangnya digulung ke atas sebelum selimut tebal yang sedang menutupi tubuh isterinya langsung diselak menepi. "Bangun, mandi, lepas tu aku nak kau makan!" ujar Tengku Riz Farhan dengan kau makan. Berdiri bercekak pinggang, muka degil Marissa dia tentang dengan wajahnya yang paling garang. Namun semua itu hanya sia-sia kerana masih juga tiada sebarang respons daripada Marissa. Wanita itu kekal berbaring santai, kekal berpejam mata tanpa peduli langsung.

Tengku Riz Farhan yang benar-benar sudah kehilangan rasa sabar terus menarik nafasnya dalam-dalam. Lama-lama macam ni, dia sendiri pun boleh jadi gila. Tidak cukup kejamkah dia? Tak cukup garangkah dia?

Tidak menunggu lama, tubuh Marissa terus dicempung lalu dibawa ke dalam bilik mandi. Terkejut benar Marissa dengan tindakan spontan suaminya itu.

"Apa ni, Tengku?! Tak nak, sejuk!"

"Kat luar tu bukan main panas kau boleh kata sejuk?! Kau ni memang suka melawan cakap aku kan?! Hari-hari buat aku marah!"

"Saya dah mandi dah. Betul!" ujar Marissa bersungguh-sungguh.

"Bila kau mandi?!"

"Semalam."

Mahu nazak rasanya Tengku Riz Farhan mendengar jawapan isterinya itu. Lempang sekali lagi, baru dia tahu!

Tubuh Marissa diturunkan perlahan lalu ditolak tepat di bawah pancuran air sejuk. Menjerit tak sudah wanita itu kerana semakin terkejut. Marissa mahu beralih tapi tak jadi saat menyedari keadaan tubuhnya yang sudah basah kuyup ketika itu. Lalu mahu tak mahu, terpaksa jugalah dia menurut biarpun dengan riak yang masam.

"Kau ni, disuruh mandi pun susah! Bukannya aku suruh kau gosok bilik mandi ni pun! Aku tak minta pun kau buat benda yang menyusahkan diri kau. Aku cuma suruh kau mandi je, susah sangat ke Marissa?!" Berjela-jela leteran kasar Tengku Riz Farhan kedengaran sambil tangannya sibuk menanggalkan pakaian daripada tubuh Marissa sedang Marissa sendiri pula hanya kaku dan diam. Membiarkan sahaja Tengku Riz Farhan menakluki tubuhnya tanpa mahu membantu atau melawan langsung. Biar lelaki itu puas melayan perasaan marahnya.

Seperti melakukan tugas seorang ayah, tubuh Marissa dimandikan dengan sangat cermat tetapi cepat dan selesai hanya dalam masa beberapa minit sahaja oleh Tengku Riz Farhan.

"Dah, keluar!"

Pancuran air paip dimatikan, tubuh Marissa ditolak agar bergerak keluar tetapi wanita itu hanya menggeleng.

"Mana towel?!" rungut wanita itu dengan riak yang masam. Kasar tolakan Tengku Riz Farhan, kasar jugalah dia menepis. Memang menempah bala sungguh.

"Eee, kau ni! Mana pergi tangan kau, Marissa?!"

"Ada kat sini. Tengah sibuk belai badan sado suami."

"Kau ni kan!" Tengku Riz Farhan menarik nafasnya dalam-dalam. Sehelai tuala yang tergantung di sisi Marissa segera dicapai, lalu digunakan untuk untuk mengelap tubuh isterinya itu. Setelah tubuhnya terlilit kemas barulah Marissa melangkah keluar.

"Pakai pakaian kau, cepat! Masuk angin karang!"

"Mana baju saya?"

Tengku Riz Farhan yang tadinya berpusing tubuh mahu menutup pintu bilik air laju memalingkan wajahnya ke arah Marissa semula. Rasa bengang, geram, sakit hati semuanya bercampur satu. Gigih hati ditahan, namun terangkat juga tangannya mengacah hendak menampar muka Marissa mujur tidak singgah sungguhan. "Kau ni kan!"

"Ye, ye. Saya tahu baju saya dalam wardrobe tu." Marissa lantas tersengih sopan. Gerun dengan tatapan tajam Tengku Riz Farhan membuat Marissa tidak lagi berani bertingkah. Bergerak ke arah almari, pakaiannya segera diambil lalu disarungkan pada tubuh. Tengku Riz Farhan pula hanya memerhati bersama sisa rasa dan riak yang geram.

"Rambut kau tu masih basah. Kau sini!"

Marissa mengangguk akur lalu segera bergerak ke arah katil. Dia duduk lalu di situ jugalah dia menikmati sahaja lembut kasar pergerakan tangan Tengku Riz Farhan pada dirinya.

Selesai membantu Marissa mengelap rambut basahnya, Tengku Riz Farhan terus melabuhkan punggungnya di sisi Marissa. Wajah yang sedang tersisi menjauh dibelek lalu ditarik kasar agar bertatapan dengan pandangannya. "Lebam sikit." Dua patah perkataan itu terungkap antara kedengaran atau tidak namun nadanya jelas sebak.

Marissa hanya diam membiarkan sahaja mukanya ditilik sedalam itu. Mereka sebenarnya sedang melakukan hal yang sama, hanya niatnya sahaja yang berbeza. Tengku Riz Farhan meniliki bibir Marissa mungkin kerana simpati atau berasa serba salah sedang Marissa pula meniliki bibir lelaki itu kerana geram. Geram mahu menikmati seulas bibir yang selalu memakinya itu.

Jambakan bunga Mawar yang dibeli tadi diambil lalu dihulurkan kepada Marissa. "Rose ni aku beli untuk kau. Kau suka Rose merah putih macam ni kan?" Dia memberi tetapi sudah tentu bukan dengan cara yang manis dan romantik. Hanya Marissa sahaja yang terlihat sedikit teruja sebelum mengangguk laju bersama senyumannya.

"Suka! Thanks, Tengku. Cantik sangat."

Tiada balasan daripada Tengku Riz Farhan untuk kata-kata Marissa kerana senyuman manis isterinya itu sudah cukup membuatkan rasa resahnya sejak pagi tadi terubat.

"Aku nak sapu ubat kat bibir kau ni. Kau tunggu je kat sini, aku nak ambil ubat kejap."

"Tak nak ubat tu, tak berkesan pun. Ada je ubat lain yang lebih mujarab."

Kata-kata Marissa itu membuatkan Tengku Riz Farhan tidak jadi bangkit. Tercengang, muka Marissa dipandang hairan.
"Ubat apa?"

"Ubat cium." Tidak peduli dengan  muka bengang suaminya, bibir lelaki itu terus disambar. Hangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience