BAB 6

Romance Completed 8021

Satu ketika aku keluar makan tengah hari bersama dengan rakan rakan sepejabatku. Kami makan di sebuah kedai mamak yang berhampiran dengan bangunan pejabatku. Apabila aku masuk sahaja ke kedai mamak itu, aku melihat Jeremy sedang makan berdua dengan seorang gadis Cina.

Gaya mereka amat mesra sekali. Perlakuan mereka langsung tidak menggambarkan mereka rakan sepejabat atau rakan karib tetapi lebih kepada sebagai seorang kekasih. Hati aku mula tidak sedap. Hanya satu sahaja perkataan yang muncul di fikiranku pada waktu itu : curang!

Setelah menghabiskan makan tengah hari, aku lantas pulang ke pejabat. Aku memberitahu kepada Teresa apa yang aku lihat. Nyata Teresa tidak curiga atas perkara itu. Malah dia tidak berasa sedih pun.

“Itu kawan dia maa...saya sudah tahu. Itu perempuan kawan satu pejabat dia.” Ujar Teresa kepadaku. Aku tidak berkata apa apa lagi. Teresa sudah pun mengambil pendekatan begitu. Tetapi bagiku cara Jeremy itu tidak kena. Tidak sepatutnya dia bermesra mesraan dengan perempuan lain sebegitu rupa walaupun perempuan itu adalah rakan sepejabatnya. Aku yakin hubungan Jeremy dengan gadis itu bukan hubungan biasa. Bukan hubungan antara kawan dengan kawan tetapi lebih dari itu.

Walaubagaimanapun, memandangkan Teresa sendiri tidak kisah, mengapa pula aku yang mesti sibuk sibuk. Teresa sendiri langsung tidak mempamerkan riak cemburu atas tindakan teman lelakinya itu dan mengapa pula aku mesti berlebih lebihan? Aku lantas meninggalkan Teresa dan melupakan perkara itu.

Beberapa minggu selepas itu, ketika aku sedang menyiapkan tugasan di bilik kerjaku, aku mendengar suara yang hingar bingar di luar. Lantas aku keluar dari kamar kerjaku untuk melihat apa yang sedang berlaku. Tahulah aku bahawa Teresa pengsan di bilik air. Aku bertanya kepada pekerja pekerja yang berada di situ mengapa Teresa bisa pengsan namun tiada siapa pun yang tahu.

Apabila Teresa sudah sedar, aku bertanya pada dirinya mengapa dia boleh pengsan. Dia menceritakan sesuatu kepadaku dan aku langsung tidak terkejut dengan ceritanya kerana aku sudah tahu sejak dari mula lagi.

“Jeremy sudah meninggalkan saya. Dia sudah ada teman wanita lain.” Ujar Teresa sambil menangis teresak esak.

“You sudah lupa apa yang saya beritahu pada you dulu. Jeremy secara senyap senyap telah berlaku curang terhadap you. Tapi you langsung tidak mahu mengambil kisah cakap saya.” Kataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience