BAB 4

Romance Completed 8021

“Ceritalah dengan saya. Saya pun nak tahu juga.” Ujarku apabila melihat mereka berdua hanya mendiamkan diri. Entah mengapa aku seolah olah mahu tahu benar tentang gosip yang mereka bualkan tadi. Kebiasaanya, aku langsung tidak mengambil endah tentang apa yang mereka bualkan.

“Betul Encik Halim mahu tahu?” Soal Ani sambil memandang ke wajahku untuk meminta kepastian. Aku mengangguk.

“Tapi Encik Halim mesti janji yang Encik Halim takkan beritahu sesiapa cerita ni.” Kata Gewa.

“Baiklah, saya janji.” Balasku.

“Sebenarnya Encik Halim, Teresa tu bukan anak dara lagi!” Beritahu Ani dengan bersungguh sungguh. Aku agak terkesima dengan kata kata yang keluar dari mulut Ani itu namun aku cuba mengawalnya.

“Ishh, tak baik awak cakap macam tu? Mana awak tahu dia tak ada dara lagi? Awak dah periksa ke?” Soalku kurang percaya.

“Sepupu saya tinggal berjiran dengan Teresa. Untuk pengetahuan Encik Halim, Jeremy tinggal serumah dengan Teresa. Cuba Encik Halim fikir, apa yang akan terjadi kalau seorang lelaki dan seorang perempuan akan buat apabila mereka tinggal serumah?” Aku hanya diam. Benar kata Ani. Tetapi aku masih terkejut. Aku percaya kata kata Ani kerana Teresa dan Jeremy itu berbangsa Cina. Tidak menjadi masalah untuk mereka tinggal serumah walaupun tanpa ikatan perkahwinan. Sikap mereka tidak boleh dicontohi oleh orang Melayu/Islam. Memang kena serbu dengan pejabat agamalah jawabnya.

Dengan berita yang tidak disangka sangka dari Ani itu, aku mula khuatir memikirkan soal Teresa. Teresa sudah seperti adikku sendiri walaupun kami berlainan agama dan bangsa. Aku bukan risau apa. Aku risau sekiranya hubungan antara Jeremy dan Teresa retak. Lebih parah lagi apabila Teresa hamil. Tidakkah sukar untuk Teresa meneruskan kehidupan pada waktu itu?

Aku cuba untuk menasihati Teresa pada suatu hari berkenaan dengan perkara itu. “Teresa, lebih you cepat cepat kahwin sama itu Jeremy. Tak baik tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan macam yang you buat sekarang sama Jeremy.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience