BAB 1

Romance Completed 8023

“Amboii bukan main gembira nampak sampai dah tak nampak mata kau senyum ya! Apahal ni? Menang nombor ekor ke ni?” usikku kepada Teresa, gadis Cina yang berusia 28 tahun itu. Dia baru sahaja melangkah masuk ke pejabat sambil menyanyi riang sambil bibir nipisnya itu tidak berhenti menguntum senyum lebar.

“Apa ni? Aiya! Tak baik tau you cakap macam tu sama saya. Saya baru balik dari Ipoh la semalam sama saya punya boyfriend.” Ujar Teresa.

“Oh...you baru jumpa you punya mummy sama daddy ye?” Soalku.

“Yalah. Habis tu? Saya gembira diorang sihat.” Balas Teresa. “Lagi gembira bila hari ni birthday saya. Jeremy nak ajak saya makan malam kat hotel malam ni.”

“Ohh patutlah seronoknya dapat sambut birthday dengan Jeremy. Makan kat hotel lagi...” Usikku.

“Of courselah! Bukan senang maa Jeremy mahu ajak saya makan dekat itu hotel.” Kata Teresa.

“Okeylah...saya ucapkan selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan cepat cepat kahwin dengan Jeremy.” Ucapku ikhlas sambil tersenyum.

“Hahaha...terima kasih la Halim. You manyak baik punya kawan. Tak ada hadiah untuk saya ka?”

“Tak ada Teresa. Saya belum gaji lagi.”

“Apa la you Halim. Beli hadiah untuk saya pun mahu kira ka?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience