BAB 8

Romance Completed 8023

Persahabatan aku dengan gadis Cina itu seolah olah terputus begitu sahaja. Setiap kali aku ingin berbual bual dengannya, aku melihat dirinya selalu sahaja termenung. Kadang kadang dia menangis keseorangan di meja kerjanya. Bukan sahaja dengan aku, dengan pekerja pekerja lain pun dia tidak mesra juga. Secara tidak langsung, dia telah pun kehilangan kawan kawannya gara gara kesedihannya ditinggalkan oleh bekas kekasihnya, Jeremy.

Melihat dirinya yang selalu termenung, muram, bersedih dan kerap menangis itu menyebabkan aku dan kawan kawannya tidak berani untuk mendekati dirinya. Kami hanya bisa melihat dari jauh sahaja. Kami juga hanya mampu bersimpati dari jauh sahaja.

“Argghhh!!!” Aku terdengar suaru jeritan seorang perempuan ketika aku sedang membancuh Nescafe di pantri pejabatku. Kebetulan pantri itu berhampiran dengan tandas jadi jelas sekali suara jeritan itu. Aku bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. Aku melihat sudah ramai orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan sudah berkerumun di luar tandas. Tidak lama kemudian ada beberapa orang perempuan sedang mengusung seorang perempuan yang telah pengsan keluar.

Terkejut diriku apabila melihat perempuan itu adalah Teresa. Titisan darah mengalir di pergelangan tangannya. Rupa rupanya dia telah membunuh dirinya di dalam tandas dengan cara mengelar pergelangan tangannya. Seorang perempuan Melayu di situ telah meletakkan jarinya di nadi Teresa untuk mengetahui sama ada dia masih hidup atau tidak.

“Macam mana dengan keadaan dia?” Soalku kepada wanita Melayu itu yang juga salah seorang pegawai di syarikat tersebut. Wanita itu seraya memandang wajahku sambil mengelengkan kepalanya tanda Teresa sudah pun tiada lagi di dunia ini. Perasaan hiba mula menyerang perasaanku.

Sungguh aku terasa kehilangan dan meratapi kematian Teresa. Betapa cinta itu punya risiko dan mampu memusnahkan sebuah kehidupan. Jujur aku sedih dan kecewa kerana sahabat baikku itu membuat keputusan yang bodoh hanya kerana seorang lelaki yang tidak tahu menghargai cintanya. Jantan sial! Tidak guna! Teganya kau mempermainkan cinta suci Theresa. Masih terasa hangat senyuman dan bahagia Theresa setiap kali dia bercerita tentang betapa bahagianya dia dengan Jeremy. Andai saja dia tahu lebih awal dan lebih kuat menghadapi kecurangan Jeremy itu. Dunia mungkin akan mengecam tindakan bodohmu Theresa namun aku tak mahu menghakimimu, derita itu hanya kau yang tahu. Semuanya sudah berlalu, selamat tidur Theresa, pergilah sahabatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience