BAB 1

Romance Completed 1865

Suasana waktu malam pada hari ini lebih cerah daripada waktu yang semalam-semalamnya. Pada malam ini, bintang-bintang bertaburan dengan lebih luas dan cerah.

Seolah-olah menjadi penghibur bagi insan yang sedang berhati lara, dan pemberi ilham bagi para pemikir yang sentiasa memikirkan akan kebesaran Ilahi. Keindahannya cukup memikat dan mengagumkan.

Itulah tanda-tanda hamba yang diciptakan tuhan. Sentiasa indah dan mengujakan. Sekalipun bukan pada sifat luaran, ianya tetap ada pada unsur-unsur manfaat dan fungsinya.

Tetapi tidak bulan, sekalipun ia nampak berseri, ia tetap suram seperti hari-hari semalam. Wajah bulan seperti sedang kesepian menanggung rindu yang amat mendalam.

Sekalipun ia bercahaya, tetapi nampak kelam. Sambil bertemankan bintang-bintang, suasana yang terlihat sangat indah tetapi penuh rasa sayu.

Akid, anak sulungnya Anggun Huda yang berumur lima tahun, berlari keanak-anakan menuju kedalam bilik tidur. Memanjat katilnya yang agak berselerak dengan kereta Ferrari, kapal, motorsikal dan kapal terbang mainannya.

Setelah naik ke atas tilam, akid terdiam sebentar sambil terduduk. Dia melihat permainannya yang bersepah.

Kemudian dicapainya kapal terbang mainan dan dibelek-belek. Akid seolah-olah berfikir sesuatu sambil menunjukkan minat.

Tidak hairanlah walaupun banyak lagi permainan lain yang lebih menarik di hadapannya, kapal terbang juga yang dicapainya.

Hanya kerana Akid lebih meminati permainan itu. Mungkin juga cita-citanya bila sudah dewasa nanti. Seperti ayahnya. Suasana bilik tidur yang indah membuatkan Akid rasa bahagia dan selesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience