BAB 2

Romance Completed 1865

Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam sambil tangannya masih lagi memegang kapal terbang. Alat permainannya yang lain dibiarkan berselerak di atas tilam tanpa dikemas. Kapal terbang mainan yang masih lagi berada di tangannya terus diperhatikan dengan penuh minat.

Tidak lama kemudian, kelihatan Anggun Huda masuk ke dalam bilik anak lelaki sulungnya itu.

Melihat Akid bersama alat-alat permainan yang lain bersepah di atas tilam membuatkan Anggun Huda berasa tidak selesa dan sedikit marah.

“sayang, kenapa tak kemas dulu sebelum nak tidur, kan ibu dah cakap, sebelum nak tidur kemas dulu.” terang Anggun dengan lembut tetapi bernada marah.

Akid yang sedang asyik memerhatikan kapal terbang idamannya itu terhenti seketika dan memalingkan wajah ke arah ibunya yang amat disayangi.

“ops, sory bu.. terlupa, hehe..” jawab Akid sambil tersenyum manja.

Anggun Huda tersenyum, kata-kata anaknya itu menyejukkan hatinya.

“dah, kemas cepat, pandai anak ibu…”

Tanpa berlengah Akid terus bangun dari tilam dan mencapai satu-persatu permainannya lalu diletakkan di tepi meja yang berhampiran. Kapal terbanglah permainan terakhir sekali yang diletakkan di meja sebelah kirinya.

Selepas itu, akid baring semula ke tilamnya, menarik selimut tebal yang khas untuk dia, sangat cantik, selesa, dan lembut. Anggun Huda yang duduk di sisi katil tersenyum melihat Akid.

Dia mengusap rambut Akid yang lembut tetapi sedikit panjang, sambil melemparkan senyuman manis kepada Akid.

Melihat wajah ibunya yang menyejukkan jiwa, dia juga turut tersenyum selesa, keindahan wajah ibu tidak setakat pada luaran, tetapi meresap ke dalam jiwa, lalu jadi tenang, bahagia dan gembira apabila melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience