BAB 5

Romance Completed 1865

Tingkap kaca lutsinar dibukanya dengan perlahan-lahan. Angin malam yang tiba-tiba menyerbu masuk membuatkan Anggun berasa kesejukan. Rambutnya yang indah, beralun perlahan.

Anggun memeluk tubuhnya dan mengusap kedua-dua belah lengan, menghilangkan kesejukan malam.

Memalingkan wajah ke arah Akid yang kelihatan semakin enak tidur dibuai angin malam. Risau juga Anggun, takut-takut Akid terjaga dari tidurnya yang enak.

Akid masih lagi tidur dengan nyenyak. Anggun berasa lega, kemudian memalingkan wajahnya semula melihat bintang-bintang dengan perasan bahagia.

Dia berterima kasih kepada bintang dan bersyukur kepada Tuhan, kerana telah melihat suatu keindahan yang amat menakjubkan. Anggun berasa tenang, setenang suasana pada malam ini.

Pandangan matanya digerakkan perlahan-lahan, dan terlihatlah bulan yang bersinar suram.

Perasaannya terus berubah. Anggun berasa hiba apabila melihat bulan, entah mengapa.

Walaupun begitu, dia terus menatapnya lama-lama. Seolah-olah terkenang sesuatu yang menyedihkan. Apabila melihat bulan, Anggun terus tenggelam, tenggelam bersama seluruh dirinya.

Apabila melihat wajah bulan, hatinya terbit rasa rindu dan cinta, hatinya sentiasa berharap. Agar kekasih hati yang amat dicintai segera pulang.

Wajah bulan seolah-olah sengaja membuatkan Anggun menerbitkan rasa cinta yang mendalam kepada Izwan. Jiwa Anggun menerbitkan sumpah setia, setia kepada Izwan untuk selama-lamanya.

Lama juga Anggun termenung melihat wajah Sang Bulan. Ibu Anggun, juga nenek kepada Akid hanya terdiam dihadapan pintu bilik apabila melihat keadaan Anggun Huda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience