BAB 4

Romance Completed 1865

“ayah pergi kerja, kejap lagi ayah balik sayang, ibu janji ayah mesti balik, sebab ayah pun rindu dekat Akid, dekat ibu… hmm dah Akid tidur dulu ya..”, kata Anggun dengan sayu, perasaannya tidak seperti pada hari-hari yang lepas.

Entah mengapa, pada malam ini jiwanya lebih terasa rindu bercampur hiba, perasaan rindunya lebih mencengkam jiwa.

“pulanglah sayang, pulanglah cepat, aku amat merinduimu…” hati Anggun Huda berkata-kata. Suatu suara yang tidak mampu di dengar oleh telinga manusia, tapi mampu dirasai oleh setiap jiwa insani.

Akid seolah-olah percaya, kata-kata ibunya disemat dalam hati, dia amat meyakini, suatu hari nanti ayahnya pasti akan pulang.

Akid berwajah sayu, kemudian menarik nafas panjang, menjadikan dirinya terasa tenang semula. Dengan perlahan-lahan, matanya ditutupkan.

Anggun berasa sedikit lega, perasaan rindu yang membebani telah pun sedikit reda apabila melihat Akid memejamkan mata. Diusap rambut dan diamati wajah Akid dalam-dalam.

Seolah-olah ingin berkata sesuatu kepada anaknya itu, tetapi tidak bersuara. Anggun mahu anaknya mengerti dan memahami, betapa dia teramat merindui Izwan.

Andai sehari bagaikan setahun, entah berapa tahun telah Anggun tunggu kepulangan insan yang dicintainya itu. Terasa amat menyeksakan.

Anggun melihat mainan kapal terbang kepunyaan Akid dengan perasaan yang berat. Anggun tidak sanggup menatap kapal terbang mainan dengan lama, lalu terus memalingkan wajahnya ke luar tingkap.

Terlihat bintang-bintang bersinar dan bergemerlapan, seolah-olah memberinya harapan dan sedikit kebahagiaan sebagai pengubat rindu yang mendalam.

Anggun bangun dari sisi katil Akid, lalu dengan perlahan menuju ke arah tingkap. Dia melihat bintang-bintang yang bertaburan indah. Hatinya bahagia. Senyuman terukir dibibir Anggun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience