Kisah Hitam

Romance Series 6427

Mempunyai keluarga bahagia amat mustahil dalam hidup seorang gadis yang bernama Nur Haisa. Dia mempunyai seorang ibu yang baik hati manakala sangat kontra dengan ayahnya yang merupakan seorang kaki judi, kaki arak dan suka melakukan perkara yang tidak berfaedah.

"Haisa, ibu pergi pekan sekejap. Haisa jaga rumah ye" pesan Puan Yasmin kepada anaknya. Nur Haisa hanya mengangguk kecil. Dia terus masuk kerumah dan menuju ke biliknya. Pak Leman yang berada di ruang tamu sudah mempunyai agendanya sendiri. Dia sememangnya sudah lama mengidamkan tubuh anak kandungnya itu. Dia menuju ke bilik anaknya dan melihat Nur Haisa yang sedang berbaring. Dia segera masuk dan menerpa ke arah Nur Haisa. Nur Haisa yang sedang tidur itu terkejut dengan tindakan ayahnya. "Ayah, tolongggg! jangan buat Haisa macamni" Nur Haisa sudah menangis teresak esak. "Aku nak kau sayang, jangan bising" Balas Pak Leman yang cuba mengoyakkan baju anaknya. "Haisa, ibu datang ni. Tolong ibu bawak barang ni nak" Keadaan rumah yang sunyi menghairankan Puan Yasmin. Dia menuju ke bilik tidur anaknya, alangkah terkejutnya apabila melihat Pak Leman sedang menindih anaknya, dengan Nur Haisa yang sedang menangis. Pak Leman terus sahaja menolak Nur Haisa dan membuat riak tidak bersalah. "Tengok anak kau ni Yasmin, coba nak goda aku" Kata kata Pak Leman bagaikan pisau yang tajam menusuk ke hati Puan Yasmin. Dia tidak sangka anaknya, Nur Haisa sanggup membuat perkara yang keji seperti itu. Puan Yasmin terus menarik Nur Haisa dan menampar muka anaknya itu. "Aku tak sangka perangai kau macam ni, ayah kau sendiri pun kau nak goda. Sekarang jugak kau keluar dari rumah ni" Kata kata Puan Yasmin sebelum rebah dalam pangkuan Nur Haisa.

Kehilangan Puan Yasmin merupakan sesuatu yang amat memeritkan Nur Haisa, dia telah kehilangan seorang insan yang banyak berkorban menyara hidupnya. Setelah kejadian itu, Pak Leman telah ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes kecurian dan dadah. Kini, dia telah hilang segalanya. Cuma ada rumah usang peninggalan arwah ibunya. Nur Haisa bertekad hendak ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience