Cinta Pertama

Romance Series 6427

Hari demi hari hubungan Nur Haisa dan Hariz Fikry semakin rapat. Layanan yang diberikan oleh Hariz membuatkan Nur Haisa mulai jatuh hati dengan sikapnya yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya. Hariz pun mempunyai perasaan yang sama tetapi dia cuba menafikannya kerana dia ada rancangannya sendiri untuk memiliki gadis itu. Rancangan yang akan membuatkan gadis itu tersungkur dan merayu kepadanya. "Haisa, Hariz nak bagitau something, about us?" Hariz membuka bicara. Nur Haisa menatap wajah kesayangannya itu "Boleh je, tanya la". Hariz tersenyum. "Kita kan bercinta, Hariz nak Haisa jadi milik Hariz sepenuhnya, kita kawin?" Hariz menuturkan kata kata sambil merenung ke dalam mata Nur Haisa. Nur Haisa hanya mengangguk kemudian memberikan senyuman yang paling manis kepada Hariz Fikry. Hariz mula merencanakan sesuatu.

Di Teratak Qaseh kepunyaan keluarga Hariz yang terletak di tepi pantai, dia telah membawa Nur Haisa disitu untuk meraikan hubungan mereka yang masih baru. "Sayang, kita makan dulu okey? Lepastu kita jalan jalan" Hariz memberitahu Nur Haisa. Tetapi itu hanya dimulut sahaja, kerana niat yang sebaliknya tidak seperti itu. Mereka menikmati hidangan di dalam bilik yang mewah dalam suasana yang romantik. "Hariz, Haisa nak pergi toilet kejap". Peluang yang baik kata Hariz di dalam hati. Dia kemudian meletakkan pil khayal ke dalam minuman Nur Haisa. Setelah keluar dari bilik air, Nur Haisa kemudian duduk dan menikmati hidangan yang tergendala. Selepas beberapa minit, dia kemudian merasakan sesuatu yang aneh dan kepalanya berdenyut denyut. Hariz mula perasan dan bertanya "Sayang okay? Sayang pening ke? Jom Hariz hantar ke bilik" Hariz mempelawa. Nur Haisa hanya mengangguk kecil. Hariz kemudian mencempung badan Nur Haisa dan meletakkan gadis tersebut di atas katil. Hariz mula menanggalkan satu persatu pakaian Nur Haisa. Kesan daripada pil khayal itu, Nur Haisa hanya mampu membiarkan Hariz Fikry menodai dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience