Pertemuan

Romance Series 6429

Kuala Lumpur

Nur Haisa menggunakan khidmat teksi untuk sampai ke bandar. Di situ, dia menjumpai pelbagai jenis bangsa yang berbeza. Setelah puas meronda di sekitar Kuala Lumpur. Nur Haisa menuju ke sebuah restoran yang berada di tengah bandar yang pesat membangun itu. Dengan membawa sejumlah wang peninggalan arwah ibunya, Nur Haisa dapat mengisi perutnya dan menampung sedikit sebanyak kehidupannya.

Setelah sudah menghabiskan makanan, dia duduk seketika sambil memikirkan kemana hala tujuannya selepas ini. Tiba - tiba seorang lelaki muncul dan terus duduk dihadapannya. Lelaki tersebut tersenyum melihat riak terkejut Nur Haisa. "Hai saya Hariz Fikry, nama awak siapa?" Nur Haisa hanya mendiamkan diri. Tidak berani hendak mengeluarkan suaranya. "Hello cik?" Hariz Fikry berasa malu kerana pertama kali diperlakukan seperti itu. Nur Haisa terus berdiri dan beredar dari restoran itu. Hariz mengejar langkah Nur Haisa. Dia memegang lengan Nur Haisa. "Saya cuma nak berkenalan je, harap cik tak kisah?" Hariz menghulurkan tangan tanda mahu berjabat tangan dengan Nur Haisa. Nur Haisa hanya tersenyum kemudian memperkenalkan dirinya. "Saya Nur Haisa, Encik Hariz kan? Ha nak ape?" Nur Haisa membalas dengan senyuman. "Saya nak awak" Hariz mengeyitkan mata. Nur Haisa terkedu melihat keindahan mata milik jejaka itu. "Salam perkenalan, ni kad saya. Kalau sudi berkawan dengan saya just text me okey?" Hariz menghulurkan kadnya dan terus berlalu meninggalkan Nur Haisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience