Dia

Romance Series 6427

Tiga bulan berlalu, namun langsung tiada khabar berita daripada Hariz Fikry. Sejak kejadian itu, Hariz terus menghilangkan diri. Nur Haisa duduk di bangku mengenangkan nasibnya. Dia disahkan mengandung dan dia pasti itu hasil
daripada perbuatan Hariz terhadapnya. "Dia mengusap perlahan perutnya, "Assalamualaikum anak ibu, anak ibu jangan nakal harini okey" Senyuman kembali terukir di bibirnya.

Nur Haisa diterima bekerja di sebuah butik pakaian muslimah. Disitu, dia berjumpa dengan Kak Siti. Seorang janda anak dua. Kak Siti banyak membantu Nur Haisa, dia juga menyewakan bilik untuk Nur Haisa berteduh. Nur Haisa juga dapat menumpang kasih seorang kakak. Kak Siti juga sudah mengetahui tentang perbuatan Hariz terhadapnya. Dia memberikan kata kata semangat supaya Nur Haisa meneruskan kandungannya. "Haisa, dah makan?" Kak Siti menyoal Nur Haisa apabila melihat Nur Haisa termenung jauh. "Eh akak, sudah tadi." Balas Nur Haisa. kemudian meminta diri untuk menunaikan solat zohor.

Dari pintu kedai, kelihatan seorang jejaka kacak sedang menuju kearahnya, "Adik, abang nak cari bunga untuk mak abang. Adik boleh carikan untuk abang?" Ujar jejaka kacak tersebut. "Segaknya mamat ni, eh adik? Aku ni macam sebaya dia je. Hahahah" gelak Nur Haisa di dalam hati. Iman Qaiser merenung ke arah gadis yang berada dihadapannya. "Cantiknya budak ni, aku nampak bidadari ke ni?" Iman Qaiser berkata di dalam hati. "Boleh je, kejap saya ambilkan. Encik duduk dulu" pelawa Nur Haisa.

"Nah ni bunga yang Encik?" Nur Haisa memberi sejambak bunga tulip kepada jejaka dihadapannya.

"Saya Iman Qaiser" Iman memperkenalkan dirinya. Gadis itu hanya tersenyum. "Terima kasih Encik Iman, saya Nur Haisa Ucap Nur Haisa.

Disitulah terbitnya bibit bibit cinta kisah percintaa antara Nur Haisa dan Iman Qaiser. Mulanya Nur Haisa tidak mahu menjalinkan sebarang hubungan yang serius kerana dia mempunyai kisah silam yang pahit dan sedang mengandung. Tetapi dengan kesungguhan Iman Qaiser membuktikan bahawa dia akan menjadi pelindung dan akan menjaga Nur Haisa sampai ke akhir nafasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience