BAB 6

Horror & Thriller Completed 4085

Dipendekkan cerita, kami terpaksa mengambil sahaja tawaran akak tadi. Dia tunjukkan peta dan kami sampai ke kondo tersebut.

Dari jalan utama, masuk ke simpang dan turun sikit bukit. Nampaklah kondo tersebut. Waktu tu dah maghrib.

Sampai di sana, kami berjumpa seorang pak cik katanya kawan akak tadi.

Serius, kondo memang nampak usang. kat basement parking, walaupun banyak kereta parking. Tetap menyeramkan. Ada juga beberapa kereta nampak dah berhabuk seperti lama terbiar di sana.

Naik lif, sampai ke tingkat yang kami sewa. Bilik jauh sedikit dari lif. Sepanjang perjalanan ke bilik tu, Saya cuba melihat pintu-pintu bilik yang lain kot-kot ada yang tinggal. Nampak macam tak ada orang langsung.

Selesai pak cik tu tunjukkan bilik, kami pun berehat la kejap.

Dari beranda rumah tu boleh nampak laut yang luas terbentang. Memang cantik view kondo tu. Dan juga nampak kolam renang.

Saya konon beria la ajak kawan tadi untuk tengok kolam tu lepas ni.

Sekitar pukul 7.30 malam. Saya dan kawan tadi cuba turun ke tingkat di mana ada kolam tadi. Nak tengok kolam yang kami nak mandi esok kan. Sebab memang nak turun cari makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience