BAB 3

Horror & Thriller Completed 4085

Kanak-kanak lelaki itu tidak berbaju dan tubu nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.

Kanak-kanak lelaki ini suka mengikut saya dan sentiasa berada di sisi saya walau kemana saya pergi.

Dalam mimpi itu saya turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak-kanak lelaki ini.

Keesokkan hari saya berjumpa seorang ustaz dan selepas saya di rawat saya berasa sedih dan sayu.

Perasaan saya seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan saya. Namun saya tidak tahu pada siapa.

Keadaan saya tidak tamat di situ, malah semakin bertambah teruk. Saya tidak dapat tidur awal di malam hari dan sering ketSayatan tanpa sebab.

Suatu hari saya tidak ke kampus dan saya mendengar suara memangil nama saya. Bila saya membuka pintu bilik tiada sesiapa.

Kemudian saya berbaring semula di katil. Ketika saya melihat ke pintu bilik saya melihat susuk tubuh berwarna putih dan berambut putih panjang ke pinggang. Rambutnya lurus dan rapi. Muka susuk itu tidak kelihatan kerana dia menundukkan wajah nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience