BAB 2

Horror & Thriller Completed 4085

Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah.

Saya menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali saya ke rumah saya membersihkan tubuh dan terus berehat.

Saya merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat saya pada tingkat atas rumah dalam keadaan terapung. Bilik saya di tingkat atas.

Apabila saya berada di rumah di tingkat bawah sering melihat kelibat berlari menuruni anak tangga. Dan ketika saya membuat kerja, saya dapat rasakan ada yang melihat saya di belakang.

Apabila saya menoleh tiada apa pun yang kelihatan. Keadaan ni berlarutan dan menyebabkan saya nekad untuk mengetahui; apakah yang menganggu saya?

Satu malam saya tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk.

Setelah selesai solat saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar lima tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience