BAB 5

Horror & Thriller Completed 4085

Saya mengajak seorang rakanku untuk pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Saya berdua sahaja. Konon nak relakskan minda.

Dari situ, kami menyewa kereta Myvi. Dan Lepas sahaja Zohor kami bertolak ke Port Dickson. Tanpa persediaan nak menginap di mana. Kami main terjah sahaja.

Sampai di Port Dickson petang tu, tak tahu nak menginap di mana.

Barulah kami sibuk google nak menginap di mana. Satu-satu tempat kami pergi, semuanya penuh.

Ada hotel yang kosong, tapi rate sangatlah tinggi.

Tak mampu kami nak bayar. Hinggalah sampai ke satu hotel yang terletak di tepi jalan je.

Kami pun masuk tanya sama ada ada bilik kosong tak. Akak di dalam office tu menyambut kami dengan senyuman. Katanya, nak cek dulu ada ke tak kosong.

Dalam 5 minit menunggu, kakak tu bagitahu yang semua bilik dah full.

“Bilik dah full la dik”

“La ye ke kak. Kami dah pergi hampir seluruh kawasan penginapan kat Port Dickson ni macam semua full je.

“yelah dik, datang masa cuti memang selalu macam ni”

“Oo, tak pe lah kak kalau macam tu”

“Eh, tapi akak ada kawan yang ada buat pakej penginapan ni, tapi bukan hotel la. Kondo”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience