bab 1

Romance Completed 30513

'Airin bangun kan dah pukul 6 ni bila nak pergi sekolah' laung seorang dari bawah.

Apalah mak cik ni membebel tak tentu pasal. stress aku. kutuk airin dalam hati.

'ya aunty, kejap Airin turunlah ni nk kemas barang jap' jawab Airin sambil mengemas buku yang bertaburan di atas meja belajar. Hal ini kerana, malam tadi dia menghabiskan masanya dengan belajar. Hari ni exam tu lah buku bertaburan macam ni..

Setelah selesai mengemas buku. Airin menyikat rambutnya dan mempersiapkan dirinya . Bibirnya di calit dengan lip bam dan wajahnya dicalit dengan foundation. Maklum perempuan. Sudah cukup sempurna dirinya baru dia bergerak.

Airin turun kebawah untuk ke sekolah.
Dia menyuap sandwich ke dalam mulutnya. hari ini hari besar kerana exam walaupun exam sekolah dia tetap mengambil berat.

'buat yang terbaik ya Airin' kata Mak cik Ramlah kepada anak jagaannya.

'mestilah Airin buat yang terbaik, always work hard' kata Airin sambil menyirup air kopinya.

Sesampai sahaja ke sekolah Airin mengambil tempat duduk di dalam kelas. dia menyambung kembali nota bahasa inggeris yang di bacanya tadi.

Selesai sahaja waktu exam. Airin dan geng2 sekolahnya pun menuju ke pintu pagar sekolah..

'susahlah ujian tadi 'rungut Shasha.

'hurmmm' jawab Airin malas. Kalau dia jawab lebih pulak nanti orang kata dia nak tunjuk pandai.

'kau senang lah..genius serta lahir . semua exam tip top' kata Shasha sambil melihat Airin yang besusah payah mengatur rambutnya yang ditiup angin.

'kau ni, semua yang kita nak perlukan usaha. kau kena ingat tu' kata Airin lalun membetulkan tudung rakannya itu yang senget ditiup angin.

'yelah' jawab Shasha malas. itu je jawapan dia .

Airin dan Shasha berkawan rapat sejak form 1 lagi. Mereka bagaikan adik beradik walaupun berbeza bangsa dan agama.

Dia melayu dan beragama islam. berbeza pula dengan Airin yang berbangsa cina mix korea dan beragama kristian. Oleh kerana sudah biasa bersama perbezaan yang ada merapatkan mereka.

'Adoi' Airin meraung kesakitan apabila tangan terkena bola. sapa yang berani buat kerja ni. Shasha yang berada di sebelah turut terkejut dengan tindakan drastik itu.

Mereka berada dihadapan padang futsal sekolah untuk balik. Namun peristiwa tidak di duga, sekumpulan pelajar lelaki tengah memainkan futsal dan tidak semena-mena Airin yang menjadi mangsa.

Airin dengan marah kakinya menuju ke arah sekumpulan lelaki tersebut. Shasha yang dapat merasakan situasi yang buruk berlaku cepat membuntuti Airin.

Cuaca yang panas terik membahangkan lagi rasa hati. Airin tidak peduli kakinya terus melangkah laju sambil mengenggam penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience