bab 4

Romance Completed 30513

Aunty Ram lah betul2 menghantar Airin di depan pagar sekolah. 'tq aunty, Airin melangkah keluar dari perut kereta. dia pun masuk ke dalam pintu pagar sekolah. kereta Vios putih itu laju saja meninggalkan sekolah SMK Putrajaya tersebut.

Ramlah membawa kereta dalam kelajuan yang sederhana. Fikiran menerawang jauh mengingatkan peristiwa lampau. Dimana kisah dia 20 tahun yang lalu. Dia menyukai seorang lelaki bernama David Wong lelaki cina yang kacak. Mereka berkawan rapat sejak dari sekolah lagi. Dia menyimpan perasaannya sangat lama tanpa pengetahuan lelaki itu. selepas itu lelaki itu nekad utk menyambung pelajaran ke Korea Selatan.

Namun penantiannya menemui kesedihan apabila setelah David balik ke Malaysia dia membawa seorang wanita. Bertapa hancur hatinya masa itu tetapi ditahannya jua.

Air matanya jatuh jua mengenangkan peristiwa lama. Perkahwinan mereka berdua tidak di restui orang tua David. hal ini menyebabkan David di buang keluarga .

walaupun dalam keperitan perkahwinan itu lahirlah seorang bayi yang menjadi penyinar hidup. elok paras rupa dan budak itulah dia jaga sehingga kini iaitu Airin Wong.

"ram please take care of my daughter,please" itulah pesan terakhir mendiang David kepadanya.

Ramlah pun mengelap air mata kerana terlalu jauh menerawang.

Setelah bunyi loceng sekolah berbunyi memecah kesunyian kelas. Semua pelajar bergegas ke kantin sekolah setelah usai menghantar kertas exam.

tidak kurang jua Airin dan Shasha, kalau bab makan bukan main melahapnya. Berebut-berebut sahaja. Airin menyuapkan karipap kedalam mulutnya dengan berselera sekali.

Seusai makan ,dia melangkah untuk mencuci tangan namun adalah seorang manusia yang datang dari planet mana telah melanggarnya tanpa signal.

Buhhh... Air yang berada ditangan lelaki tersebut selamat di mandikan di baju sekolah Airin. Terkejut airin dengan situasi tersebut.

Tidak semena- semena lelaki tersebut memohon maaf. Namun bukan semudah itu kalau melibatkan gadis bernama Airin hatinya keras dan degil.

'kau dah kenapa buta ke'Airin menatap lelaki itu. Eh, jap ni bukan mamat hari tu ke.
Mak ai jumpa lagi. memang tak habis2 menempah maut lah dia ni.

' saya minta maaf, saya tak sengaja awak tu jln tengok lah sikit ada lampu merah ke tidak' kata Ashraf sambil menatap gadis cantik dihadapannya.

'excuse me, kau yang tak nampak aku,lepas tu kau rempuh aku and you said it's my fault" bengang Airin. Kecik besar je dia tengok mamat ni.

'ok, i'm really sorry can we solve it' akhirnya lelaki tu mengalah. Dari melihat gaya dia nampak sangat gadis ini tak akan mengalah. Biasalah permpuan cantik memang garang sikit.

'senang nye kau cakap habis baju aku ni macam mana, takkan aku nk simpan jdi hasil karya'jawab Airin.

'ok saya ganti' jawab Ashraf.

situasi mereka berdua menjadi perhatian kerana mereka berada di kawasan kantin. Ramai yang berbisik sesama sendiri sambil memerhati mereka berdua.

'ok, nanti kau ganti' kata Airin lalu pergi meninggal Ashraf di situ. Malas dia mahu bertekak kerana melihat Mak cik bawang yang sedang memerhatikan mereka tu.

Shasha yang baru keluar dari tandas terkejut dengan keadaan Airin.

'Kau dah kenapa'
'kena simbah dengan lori coklat' jawab Airin selamba lalu menuju ketandas utk mencuci bajunya yg kotor .

hah! Shasha pun dah mcm org blur.

Ashraf pun menuju ke arah kawannya.
'kenapa tadi tu bro' tanya Azrul rakan sekelasnya setelah melihat apa yg berlaku tadi.

' aku tumpahkan air atas baju dia' jawab Ashraf malas.

'kau ni macam2 lah,tapi asal kau tak try ke dia' Azrul tersenyum nakal.
'kau ingat aku kaki perempuan ke'

' ek eh leh, mcm laku tak tengok macam mana kau pandang dia tadi, tak berkelip mata o' gelak Azrul.

'suka hati akulah , aku nak tanya dia tu Chinese ke, kenapa tak nampak mcm cina pun' tanya Ashraf pelik.

'entah setahu aku dia tu ala2 korea sikit and penjaga dia orang melayu'kata Azrul tanda mengiakannnya.

' Aku tak fahamlah' kepala yg tidak gatal digarunya.

'tak, Airin tak ada keluarga jadi dia tinggal dengan orang islam yang jadi penjaga dia' tambah Azrul lagi.

'oh, no wonderlah dia punya slang cina tak ada, rupa2 dari kecil sudah berbahasa melayu. tapi mana org tuanya" sambung Ashraf semakin ingin tahu.

'Mana lah aku tahu,kau tanya lah sendiri. jawab Azrul. Mereka berdua berjalan menuju ke kelas sambil bergelak ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience