Bab 20

Romance Completed 31486

"eh,Ashraf baru balik dri sekolah ya" tegur seseorang apabila Ashraf melalui ruang tamu rumahnya.

"oh, pak ngah mak ngah" terkejut dia melihat wajah pak ngah dan mak ngah yg tiba2 ada dirumahnya.

"bila sampai" kata Ashraf lalu menghampiri dan bersalam dgn kedua2org tua itu.

"eh, Ashraf, duduk lah sekali" muncul papanya lalu melabuhkan punggung dihadapan Johan dan Selina. Johan adalah abang kpd Dato Kamal dan Selina ada isteri johan.

"Jarang jumpa ni,boleh berbual sekali" ucap nya. Ashraf pun melabuhkan punggung sebelah papanya.

"mana tak nye kamal , kamu ni sibuk je memanjang, tak payah cari sangat duit tu pun,harta skrng pun dh tak cukup mkn" jawab Selina ramah.

"betulah tu, rehat juga kesihatan kena jaga" kata Johan menasihatkan adiknya yg terlalu kuat berkerja.

"insyallah,nanti lepas Ashraf dah habis belajar,dia lah ambik posisi aku, boleh lah aku berehat" lalu papanya menepuk belakang anak tunggalnya itu. Ashraf hanya tersenyum tidak tahu utk berbicara apa.

" So, kamu dtg tak bawa Adam sekali" tanya Dato kamal. Adam adalah anak mereka dan dia seusia dgn Ashraf. kiranya Ashraf dgn dia adalah sepupu.

"mcm lah kamu tak tahu, Adam mana nk keluar mcm budak lain, dia tu tekun orgnya belajar tak tinggal,solat tak tinggal" melambung Selina memuji anaknya.

"untunglah kamu Johan, dapat anak yg baik,aku tengok Adam tu lain benar dgn budak lain, tak suka berfoya2,rajin sangat" puji Dato Kamal membuat Mak long Selina kembang kempis sahaja .

Ashraf hanya mendiamkan diri. Dia kenal akan Adam budak pandai itu . yg tidak pernah bergaul hanya mengadap buku. Cukup bagus berbanding dgn dirinya. Ashraf sedar diri. Terasa hatinya apabila papanya memuji cousinnya itu.

"ye lah, alhamdulilah Kamal" sambung Pak Long Johan lalu di susuli ketawa mereka bertiga.

"Kejap, aku nk jwb panggilan ni dulu, korang bertiga berbual lah dulu"Dato Kamal meminta diri setelah menjawab panggilan itu.

"kamu mcm mana,Ashraf? belajar ok? " tanya Pak long kpdnya.

"alhamdulilah ok" jawab ashraf jujur.

"Kamu tu Ashraf jgn nk berfoya sangat, kamu tu kena sedar diri,kamu tu anak angkat je, kamu tu menumpang kemewahan keluarga kami" ucap Mak long tanpa berlapik.

" kamu ni Selina" marah Johan kpd isterinya. Mesti Ashraf berkecil hati dgn sikap isterinya.

"betullah abang, dia ni mesti belajar betul2, kalau kita tak cakap mcm ni, nanti budak ni tak sedar,asyik leka dgn kekayaan papanya tu, kamu tu kena ingat kamu tu menumpang je tau,jdi kamu jgn nk main2 dan buat papa kamu tu mcm papa kandung kamu yg boleh manja kamu sangat" tutur Selina tanpa mempedulikan perasaan Ashraf.

Ashraf hanya mendiamkan diri. ya, dia terasa dgn kata Mak long. Dia hanya menumpang dirumah dan dia tahu semua tu.

"Selina, jaga mulut kamu tu,kamu fikir dia tak ada perasaan ke"tutur Johan geram dgn isterinya itu.

"Abang sebelahkan budak ni pulak,saya cakap benda yg betul, dia ni jgn nk menghabiskan duit papa nya sahaja, keluar sana sini" tuturnya lagi membuatkan Ashraf sentap . Ingin sahaja dia menjawab kata2 Mak Long nya tu, namun ditahan dia masih ada rasa hormat dgn pak long dan Mak long. Siapa sahaja yg mendengarnya pastikan akan terluka.

Johan mengelengkan kepalanya. Kenapalah isterinya begini. dia jadi kesian dgn anak buahnya itu.

"kamu tu kalau nk terus tinggal dgn papa kamu, kamu jgn lupa diri, tengok si Adam tu wlpn dia tu anak kandung kami tapi tak pernah dia lupa akan tanggujawab makin benar di belajar wlpn dia tidak perlu berusaha kerana dia memang berhak keatas kekayaan keluarga" sindir selina lagi.

Ashraf terdiam tanpa kata. Mak long selalu membandingkannya dgn Adam. Adam yg baik,Adam yg pandai dan dia muak dgn semua itu. Dia cuba mengawal kemarahannya.

Mak Jah yg menhantar air ke meja tamu pun cukup terasa dgn kata Selina.

"Tak ,Selina,lain anak lain kurnian dia dan Ashraf ni baik budaknya" sampuk Mak Jah. Wlpm dia pembantu rumah shj tapi dia cukup terguris dgn kata wanita itu. Dia yg menjaga Ashraf selama ini jadi dia menyayangi Ashraf spt dato kamal .

"ya ke, bukn menumpang harta Kamal je ke, ambil duit buang duit tapi belajar tak nak" jawab Selina membangkang kata Mak Jah. Johan tidak mampu berkata apa lagi.

Ashraf merenung lantai. Sungguh dia terluka dgn kata2 itu namun dia menahan air mata jatuh. Dia lelaki .

"Selina " suara Johan.

"Kenapa ni" tegur Dato Kamal yg bru muncul.

"Mana ada apa2 abang" kata Selina selagi cuba menyembunyikan sesuatu.

"owh,ye ke" Dato Kamal mengambil tmpt duduk .

"Ni ha nk cakap,kalau Ashraf ni ada masa belajar lah dgn Adam, Adam tu boleh bantu kamu,tak lah kamu ketinggalan dlm pelajaran" ujar Selina mesra namun menguis hatinya. dia cukuo benci dibandingkan dgn Adam.

" insyallah, mak long, Ashraf naik dulu" Ashraf meminta diri utk naik. Mak jah memandang sayu kelibat Ashraf. Sampai hati Selina bercakap begitu. Dia fikir budak tu tak ada perasaan ke.

*****

sampai sahaja di dlm bilik. Beg sekolahnya ditikam ke dinding. sungguh perit dia diperlakukan begitu. Menumpang, menghabiskan duit? dia mengulang baru kata Mak Long. Hebat sangat ke Adam ? bentak hatinya.

Memang dari dulu lagi Mak Long tidak menyukai dirinya . Selalu membandingkan dia dgn Adam. Tapi kali ini sakit dia perit sangat. Dia diungkit membuatkan dia rasa begitu marah sekali.

Baju sekolah dibukanya kasar dan dicampak ke lantai. Dia meramas2 mukanya.

Aku akan buktikan yg aku boleh buat. aku paling pantang bila org pandang rendah dgn aku. aku ashraf iskandar lah kalau nk aku dpt. Dia merenung di balkoni.

Dia tahu selagi dia tidak membuktikan apa2 selagi tu mak long memandang rendah kpdnya. dia sedar dia cuma anak angkat dia hanya menumpang.

Kli ni bukn hanya sebab Airin tapi ada dua sbb . kli ini dia akan buktikan pada papa, pak long dan mak long yg dia boleh buat. tekadnya dlm hati. kli ini dia berjanji.

*****

Ashraf merenung buku diatas mejanya. Buntu kepalanya. Kenapa aku baca buku ni mcm tak pernah je ckg ajar ni. dia blur.
Dia merenung syiling. Dari tadi dia belajar tapi tidak tahu apa yg hendak dibelajar.

Aku give up ke? soalnya pada diri. No! tak boleh, bentak hatinya. Aku akan dapat juga kenapa org lain boleh aku tak boleh. Di menegak kn tubuh badannya lalu mencatat sesuatu di buku catatan.

Ya ,dia bertekad kali ini dia boleh. Dari ptg dia memikirkannya. Masih tinggal empat bulan masih boleh lagi bisiknya. Okay, esok dia tutorial dia dtg dan dia berjanji utk belajar bersungguh2.

Dia sudah menyuruh Uncle Jay utk mendaftarkannya dikelas tuisyen. Dlam tempoh 4bulan ni dia akan fokus.

Buku sejarah itu kembali ditenungnya. Dibaca nya baris ayat dan dicatatnya dibuku. Pada mulanya susah baginya tapi kalau dia percaya kalsu dia mahu semua boleh.

yang dia perlu fokus adalah matematik, sejarah, addmath,bio, fizik dan kimia. yg lain kacang je bagi dia. Yg ni dia selalu skip mendengar bila disekolah.

Dia sudah merancang satu persatu . Plan perlu dilaksanakan. Dia sedar bukn sebb Airin sahaja tapi ini juga sbb papa. Sbb papa dh bagi kepercayaan kpd nya . Dia tak boleh siakan dan dia perlu membalas budi papanya yg menjaganya sejak kecil lagi walaupun dia adalah anak angkat. Hakikat itu sangat perit utk diterima. Dia hanyalah penumpang kekayaan Dato Kamal.

Sungguh memalukan. org yg menganggapnya adalah ank org kaya dan insan yg paling bertuah kerana lahir dlm keluarga kaya raya. Tapi siapa tahu dia hanya anak angkat yg asal usul pun tak tahu.

Dia mengulang kaji sehingga larut mlm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience