Bab 52

Romance Completed 30513

Ashraf meletakkan kereta tidak jauh dari kwsn mall pavilion. Dia berniat utk membeli sesuatu utk dijadikan buah tangan . Hari ini dia akan meeting bersama Puncak Alam . Sebagai tanda hadiah dia ingin membeli sesuatu kpd CEO Puncak Alam Puan Sri Rossele.

Beg tangan jenama mewah menjadi pilihannya. Dia perlu mengambil hati org tua itu utk projek seterusnya. Maksudnya org yg baik harus di jaga baik. Puncak Alam merupakan sebuah syarikat pembekal projek2 besar. Jadi dia perlu mengekalkan hubungan baik jika hendak mendapatkan projek yg seterusnya. Ini adalah permainan bussiness.

Telefon bimbitnya terus berbunyi menandakan panggilan masuk. Beg hadiah dikepitkan dibahagian tangannya. Dia menyambut panggilan tersebut tanpa melihat siapa.

"Hello" suara garau Ashraf menerjah telefon bimbit.

"sayang u mana, i cari u kat office tak de , penat tau i tunggu" rengek Atirah dihujung telefon.

"what ? u kat office? siapa suruh u dtg sana" naik darah Ashraf apabila dia mendengar gadis itu berada di pejabatnya. Dia sudah byk kli cakap jgn datang ke office tapi perempuan telinga kuali memang gila. Mukanya diraup berkali.

"i cri u lah,kalau i tak cri u mana nk cri i, please syg u kat mana" jwb Atirah mengada. Ashraf sudah membuat muka bosan.

"Atirah Natasha binti Dato Zamarul, aku nk kau bla dri office tu skrng jugak,aku tak nk tengok muka kau kat sana,aku tak suka, kalau tak u...." kata Ashraf kasar.

"tapi..." Atirah memintas.

"aku tak nk ckp byk kli, kalau kau nk cri aku bukan kat office,kalau aku balik office aku jumpa kau, siap kau" panggilan telefon terus dimatikan. Dia meneruskan perjalanannya tadi yg tergendala kerana Atirah.

Bup!!!

Wanita tua itu jatuh akibat rempuhan seorang lelaki . Dia mengosok kan badannya. Dri gaya memang patut dia kalah dgn lelaki itu. Berbadan sasa dan tough. Dia memohon maaf kpd lelaki itu tanpa memandang wajah.

Lelaki itu membantunya bangun.

"Aunty ok, sorry saya salah" lelaki itu serba salah.

"Aunty ok" kata Aunty Ramlah lalu memandang wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu ditenung lama. Kenapa wajah dia sama spt dlm ingatanya. Lama wajah lelaki itu ditenung sehinggakan lelaki itu rasa kekok.

"Aunty, are u okay" tanya lagi.

Aunty ramlah tersedar setelah ditegur oleh lelaki itu.

"aunty rasa mcm pernah nampak je kamu, tpi aunty rasa aunty salah org kot, tak pelah"katanya lagi. Aunty Ramlah berlalu pergi namun tersentak seketika apabila terdengar lelaki itu memanggilnnya.

"saya pun rasa mcm pernah nampak aunty" kata Ashraf kpd wanita itu. Ya memang dia pernah nampak wanita itu. Otaknya lambat mencerna tadi sehingga dia dapat mengecam wajah wanita itu.

Aunty Ramlah terjungkit bahu.

"You are Airin guardian right,Aunty Ram" kata Ashraf lambat katanya dgn lagak suspen sklli.

" oh, aunty ingat kamu, kwn Airin kn Ashraf" kata Aunty Ram. Dia tidak menyangka dia akan menemui lelaki itu secepat ini. Dia berniat utk menemui lelaki itu utk menanyakan sesuatu. Namun tidak menyangka ia akan berlaku secepat ini. Mungkin ini takdir tuhan utk dia menyelesaikan segalannya.

"yup, yes2 saya ingat aunty,aunty apa khbar" tanya Ashraf ramah. Wajah wanita itu masih diingati kerna dia kerap berjumpa dgn wanita itu semasa masih berkawan dgn Airin di sekolah menengah.

"aunty sihat ,akhirnya, tuhan makbulkan doa aunty jumpa kamu, alhamdulilah" ucap Aunty Ram syukur. Ashraf memandang pelik. Kenapa wanita itu mahu berjumpa dgnnya. Hatinya berlonjak ingin tahu.

"aunty nk jumpa saya ke" tanya Ashraf.

"Aunty memang nk jumpa kamu,adahal yg aunty nk tanya"kata Auntu Ramlah lagi.

"boleh, but i'm so busy right now, i only have 40 minutes free before i go back to office"kata Ashraf sambil memandang jam.

"tak pelah, jumpa kejap pun tak pa" kata Aunty Ramlah laju. Dia perlu segera bertindak sebelum terlambat.

"ok,kalau mcm tu kita duduk dkt cafe sana" kata Ashraf lalu mengajak Aunty Ram bergerak ke sana.

****

"Airin , jom lunch"kata Shasha di muka pintu office biliknya. Airin yg khusyuk menghadap pc mengucap panjang.

"kau ni mcm mana boleh terbabas masuk dkt office aku, kau ni kan, rasa mcm office kau je kan main terjah je" balas Airin geram . Shasha menghampirinya tersenyum sengih.

"kau tak payah risau lah,semua org dkt office kau ni kenal dkt aku, jom lah lunch"katanya sambil tersenyum sengih sambil menanyang giginya yg cantik tersusun.

"kau apa mimpi lunch dgn aku, aku rasa dlm bulan ni brapa kli je kau lunch dgn aku, knp tiba tiba ni" kata Airin ingin tahu.

"sajew"jwb Shasha simple. Sebenarnya sudah seminggu dia tidak keluar lunch bersama Izz Aiman. Katanya dia buzy. Jadi dia tiada teman utk keluar. Entahlah lelaki itu sekejap busy lepas tu free balik. Dia pun tak paham kerja si lelaki itu. Dia tidak pula bertanya kerna mls utk mengambil tahu. dia dlm proses mengenali lelaki itu . Dia tidak akan bertanya sehingga lelaki itu menceritakan sendiri.

"jap,aku nk kemas" kata Airin laju. Kerna dia pun sudah lapar kerna jam sudah menginjak pukul 1 ptg. Dia pun sudah lupa utk mkn kerna terlalu sibuk.

Banyak kerja dia kena siapakan sblm pergi ke Sabah nanti. Semua perlu diselesaikan dgn segera utk kegunaan nanti. Dia akan pergi ke Sabah minggu dpn bersama Ashraf. Teringat tentang Ashraf sudah seminggu dia tidak berjumpa slps dia tidak menjawab panggilan lelaki itu. Dia lebih byk berurusan dgn setiausaha Ashraf. Kemana lelaki itu pergi.?

****

Syed Haikal memandang mamanya dgn penuh rasa simpati. Sungguh dia tidak setuju langsung dgn pilihan mamanya. dia tak nak.

"mama,jgn buat haikal mcm ni, takkan haikal dgn kahwin dgn perempuan yg haikal langsung tak kenal apalagi nk kata cinta,no mama" rayunya kpd Sharifah Amani. Ibunya yg duduk tenang itu direnung sepi.

"mama meperkenan sangat dgn Izzah tu, budak nya baik, cantik, jaga aurat , solehah pulak tu, haikal mana kamu nk cri perempuan yg beriman mcm tu" kata Sharifah Izzah tenang. Dia kenal sangat dgn Nur Izzah seorang gadis yg solehah dan baik. Jadi dia sudah memasang niat utk berbesan dgn kwn karibnya Zaimah.

"tapi haikal nk kahwin mcm mana kalau haikal langsung tak sayang kan dia" rayu lagi Haikal. Sungguh dia hanya cintakan Airina Sofia. Dia sudah jatuh cinta pandang pertama gadis itu. Hatinya telah dimiliki ,tinggal satu jwpn lagi Airina Sofia akan jdi miliknya.

"haikal, cinta tu akan dtg bila kamu dh kahwin, tak semua perkahwinan bermula dgn cinta, yg penting kamu berkahwin dgn niat kerana allah" kata Sharifah Amani lalu merenung anaknya.

"tapi ..tapi..haikal" kata Haikal gagap.

"tapi apa haikal? atau kamu sudah ada pilihan sendiri" teka Sharifah Amani apabila dpat membaca dri raut wajah anaknya yg resah.

Haikal mengeluh panjang. Dia harus berterus terang dgn Mamanya. Dia perlu kerna dia tidak akan mengahwini Izzah.

"Haikal cintakan org lain...Haikal.." kata2 Haikal terus dipintas.

"kalau betul Haikal sukakan dia,bawa dia jumpa umi,tapi sblm tu pastikan dia seorang yg baik dan menjaga aurat serta dia sama spt izzah , mama tak nak keturunan mama dri org yg tak baik"kata Sharifah Amani tajam.

Haikal meraup wajah. Mamanya direnung lemah. Dia tahu Sharifah Amani seorang yg menitik berat soal agama. Dari kecil lagi dia telah didik dgn ilmu agama yg mencukupi dari mamanya.

Apabila teringat kan Airin, gadis itu sudah tersingkir jauh dlm calon menantu mamanya.Airin seorang yg free hair. Rambut ikal mayang Airin terbayang difikiran.Belum sampai ke bawah lagi Airin sudah kalah. Dress Airin yg pendek paras lutut menampakkan betis putih mulus itu masih terbayang dimatanya. Bagaimana mamanya mahu menerima Airin sebagai menantu.

Wlpn Airin begitu tapi dia percaya Airin seorang gadis yg baik cuma pakaiannya sahaja tidak sempurna spt wanita muslim lain.

"Haikal, ingat? sblm kamu bawa perempuan tu jumpa mama,pastikan dia mencapai standard mama"kata Sharifah Amani lalu meninggalkan Haikal diruang tamu. Baginya,Syed Haikal layak mendapat wanita yg solehah kerna dia anak yg baik. Dia tak nk perempuan yg hilang agama entah ke mana menjadi suri dihati Haikal. dia perlu tegas dlm soal ini.

Haikal mengeluh panjang. Dia sudah dpt mengagak apa akan dikatakan oleh mamanya . Airin langsung tidak menepati standard mamanya namun apa boleh dia buat hatinya dimiliki sepenuh oleh gadis cantik itu. Jika hendak dibandingkan Izzah dgn Airin bagai langit dan bumi. Izzah gadis muslimah sedangkan Airin gadis yg byk cacat cela dari segi pandangan mamanya.

****

Ashraf merenung panjang seusai slps meeting tadi. Wajahnya diraup berkali2. Perbualan dgn Aunty Ram lah masih segar difikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience