Kini kau tiada

Poetry Series 1116

Tiada kusangka

Tiada pernah Ku duga

Cepat benar hatimu berubah

Kau nodai cinta kita

Kau musnahkan mahligai Kasih yang terbina

Sungguh sakit rasanya

Pabila kini kau tiada..

Kecewa, sungguh aku terluka

Kepercayaanku kau dustai

Aku merana

Sedangkan kau bahagia bersama dia

Mana janjimu yang dulu

Yang pernah kau patrikan untukku?

Teganya kau merobek hatiku

Menjadi kepingan kecil yang takkan

Mungkin akan bercantum sempurna..

Pergilah kepadanya

Tak guna Ku tangisi lagi

Andainya tiada cinta untukku

Aku pasrah, aku relakan segalanya

Takkan Kurayu cintamu kembali

Semoga kau bahagia bersamanya

Akanku rawat sendiri hatiku tanpamu

Walau peritnya hanya Dia yang tahu..

Hanya satu pintaku

Janganlah lukai hatinya seperti

Kau lukai hatiku

Hargailah dia seadanya

Kerana setiap insan itu berhak bahagia

Belajarlah untuk setia

Agar tiada lagi hati yang kecewa..

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience