Sayang..
Aku bahagia mencintaimu
Terima Kasih kerana memberi secebis
kasihmu untukku
Aku besyukur memilikimu
Hadirmu membalut duka lara hidupku
Yang sekian lama merintih pilu..
Sayang..
Pandainya kau curi hatiku
Bersungguh kau yakinkanku
Bahagiaku hanya bersamamu
Kau semai cinta tanpa jemu
Hingga Ku tak mampu kehilanganmu
Hingga Ku rasa hidupku
Begitu bermakna ketika mencintaimu..
Sayang..
Kuhargai dirimu seadanya dihidupku
Seperti kau menerima kekurangan aku
Akan Ku cintaimu tanpa ragu
Kerana Kutahu dalamnya cintamu untukku
Bila tau bertahan dengan sabar setiap karenahku
Yang terkadang hanya untuk mendugamu
Hanya senyum mesra kau hadiahkan untukku..
Sayang..
Ini janjiku untukmu
Hanya mencintaimu sepanjang hidupku
Tiada yang lain Ku mahu hanyalah dirimu
Tiada cinta yang sempurna untukku
Selamanya Hanya Kamu...
-LavenderUngu-
Share this novel