Cintai kamu

Poetry Series 1116

Kau hadir tiba-tiba

Tanpa mampu ku hindari

Tanpa mampu ku tolak

Membawa erti bahagia

Menghadiahi aku senyum mesra

Kembalikan gelak tawa

Tanpa jemu..

Aku kini seperti diawangan

Seperti bangkit dari patah hati

Mencuba untuk bercinta lagi

Walau kenyataannya

Disudut hati masih takut

Kekecewaan bakal terjadi lagi..

Namun katamu

Usah diragu cinta yang hadir

Kerana esok harapan pasti menjelma

Bersama ikatan cinta sejati

Yang tak mungkin musnah lagi

Kerana bagimu

Hanya aku hidupmu tika ini..

Sayangku

Kini aku hanya

Cintai kamu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience