Seringkali aku terluka
Seringkali aku kecewa
Dan seringkali juga aku putus asa
Kerana sikapmu yang selalu menduga
Kesabaran yang ada dijiwa..
Tergamaknya kau hancuri
Teganya kau menikam duri dihati
Pada aku yang terlalu menyayangi
Tidakkah kau fahami
Luka yang kau beri
Mungkin takkan bisa sembuh lagi..
Merindui kamu
Mungkin tiada di kamus hidupku
Kerana hatiku telah patah seribu
Jiwaku membeku
Oleh cintamu yang ternyata palsu..
Ku harap disuatu saat nanti
Hatimu takkan dilukai
Seperti apa yang aku rasai kini
Kerana mungkin kesannya tiada mampu kau hadapi
Janganlah membangga diri..
Share this novel