BAB:2

Fanfiction - KPOP Series 2549

Jennie terlelap seketika dalam perjalanan mereka ke Daegu yang mengambil masa dua jam.

"Wake up... Jennie ku sayang!! Kita dah sampai!" Puan Sora menepuk pipi anaknya itu dengan lembut. Jennie mula membuka matanya.

"Dah sampai kah? "Tanya Jennie yang separuh mamai. Soalannya diabaikn Puan Sora yang sedang busy menggeluarkan barang2. Jennie menggeliat seketika.

"Aduhhh, sakitnya leher aku!! Haih!"
Rungut Jennie sambil mengurut belakang lehernya yang lenguh itu. Dia pun keluar dari perut kereta untuk membantu omma nya.

"Soraa yaa..." Nenek berlari anak kecil untuk mendapatkan Puan Sora.

"Ommonie. "Sambut Puan Sora dengan memeluk omma nya yang tercinta.

Setelah setahun lamanya, Puan Sora tidak balik ke kampung. Sejak suaminya tiada, dia mensibukkan dirinya dengan kerja sehingga lupa akan ibubapa nya. Dia menyesal.

"Tau dak yang omma rindu kamu?"pelukan itu nenek ketatkan lagi. Sangat rindu.

"Sora pun rindu kan omma! "Luah Puan Sora selepas melepaskan pelukan itu.

"Ehemm! Ehemm! "Jennie mencelah. Namun anak beranak itu tidak mengendahkannya.

"Omma sihat dak? Makan dah ka? Dah lama Sora tak rasa masakan omma."luah Puan Sora.
"Omma sii... "Belum sempat nenek menghabiskan ayatnya Jennie mencelah dengan muka masam.

"Amboii2...omma ja ke nenek peluk? Cucu kesayangan nenek ni tak mau dipeluk ke? Yelah.. Siapa lah Jennie ni kan? "Rajuk Jennie kerana dipinggirkan.

"Omo!! Terlupa pula yang Jennie ada disini! Mian.. Nenek tak nampak kamu!" Kata nenek sambil menepuk bahu Jennie.

"Bwo! Terlupa? Tak nampak? Sampai hati nenek!! "
"Ala.. Nenek melawak jerla! Jangan lah merajuk! "Pujuknya. Lalu nenek mencubit pipi jennie yang tembam itu.

"Auchh, sakitlah! Omma tengok nenek ni!" Jennie mengusap pipinya yang merah itu gara2 dikerjakan neneknya itu.

"Dah2...jom kita masuk! " jemput nenek.

Selesai mandi Jennie pon terus menonton drama korea yang telah berjaya menambat hatinya. Drama yang bertajuk 'COME AND HUG ME' itu dilayan dengan khusyuk.
'Kalau lah kan v (group bts) peluk aku... eotteohge!!!' Berangan Jennie dimalam hari.
Jennie melihat omma dan neneknya sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.

"Tu anak perempuan kamu tu tak mau tolong ka? " kata nenek.

"Biar kan lah dia. Omma macam mana appa boleh masuk hospital? Appa sakit apa? Setahu Sora lah yang appa tak dak penyakit pon! " Tanya Sora sambil memotong bawang.

"Tu lah omma pon terkejut yang appa kamu tu ada sakit jantung. Masa tu macam biasa la kan omma nak hantar bekal untuk dia tengok2 dia terbaring dan tak sedarkan diri. Omma pon panik la. Cepat2 omma call ambulance. "Nenek menceritakan dengan terperinci.

"Risau Sora bila dapat tahu yang appa kena tahan wad. Nasib baik la appa ok ja. Lega hati Sora. Mianhae omma... Sebab Sora la appa masuk hospital. Sora tak jaga omma dengan appa elok2!miann... "Puan Sora kesal kerana tidak menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang anak.

"Ehh,mana ada! Bukan salah kamu pon! Appa kamu tu yang degil! Suka sangat keluar buat kerja berat2! Omma dah nasihatkan dia tapi dia tak mau dengar!" Bebel nenek bila memikirkan atuk. Bebel sayang namanya.

"Omma... Nenek... Dinner siap dah ka?" Tanya Jennie yang sudah selesai menonton drama korea.

"Nak siap dah! " jawap nenek.

"Cepat sikit ye... Dalam perut Jennie ni dah start buat konsert. "Jennie mengusap perutnya yang berkeroncong itu.

"Esok bangun awal! Kita nak pergi melawat atuk! Siap kamu kalau lambat bangun!"Pesan Puan Sora

"Okey boss! Segala arahan boss akan saya patuhi! "Tabik Jennie. Malam mereka di akhiri dengan gelak ketawa. Jennie berharap yang keluarganya akan kekal bahagia. Dia pejamkan mata dan berhasrat.

traslater:
omma:mama
appa:papa
eotteohge: bagaimana

sorry klau ada typo... hope korang enjoy...
like n comment nah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience