Bab:9

Fanfiction - KPOP Series 2549

Selesai mandi, Jennie bersiap sedia untuk ke hospital. Pagi itu dia mengenakan skirt yang panjang warna hitam dipadankan dengan blaus biru muda. Dicalitkan sedikit lipstick merah jambu dibibirnya. Sesudah berpuas hati, Jennie terus keluar dari biliknya.

"Nenek... Basikal nek ada dekat mana?" Tanya Jennie.

"Kamu nak pi mana? "Soal Puan Sora di dapur. Matanya sedang menatap anak perempuannya yang telah siap elok dan seperti tergesa-gesa.

"Jennie nak pi hospital. Ada hal sikit! "

Bulat mata Puan Sora. "Atuk kamu dah balik dari hospital so nak buat apa dekat sana lagi? "

"Ala omma sat ja.. Boleh lah omma? "Rayu Jennie.

"Ada dekat belakang rumah! "Sahut nenek yang sudah berdiri di sebelah Puan Sora.

"Belakang apa nek? "

"Aigoo.. Bukan ka kamu tanya pasal basikal? "

"Ha ah la! Belakang erk? Okey2!gomawo nek! "

"Make sure kamu balik awal! "Pesan Puan Sora.

"Okey madam! Gomawo sayang korang!"Jennie mencium pipi omma dan nenek.

###

Jennie mengerling jam ditangannya yang sudah menunjukkan sepuluh pagi. Sudah sejam, dia menunggu di taman itu. Batang hidung lelaki itu langsung tidak nampak.

"Mamat tu tak datang ka? Ka aku salah time? Aishh... Kalau tak datang sia-sia jerla aku mai sini! "Jennie mula bermonolog dalam hatinya. Matanya masih setia mengamati pemandangan yang dihiasi bunga-bunga.

"Apa yang kau buad dekat sini hah?"lamunan Jennie terhenti dengan sapaan yang ditunggu-tunggu itu. Jennie tersenyum melihat lelaki yang berada di depannya.

"Saya tunggu awak lah! "Balas Jennie.
"Asal kau tunggu aku? Aku ada hutang ka dengan kau? Lagi pun kau siapa nak tunggu aku? Ini tempat aku so berambus!"sergah Jong kook.
Dia terkejut melihat perempuan itu datang lagi. Dia baru saja nak mulakan paginya dengan aman.

"Gila betul lah mamat ni! Aku datang nak minta maaf asal nak marah aku! Panas baran betul la dia ni! Haihh.. Suka hati ja nak marah2 orang. Dia ingat dia siapa! Pabo! Mental! "Kata-kata dihati Jennie tidak dapat dilontarkan dari mulutnya.

"Kau pekak ka? Aku kata berambus! "Suruh Jong kook lagi.

"Sabarlah wahai hati.. Jennie cantik kan.. Jennie baik kan... So come on baby you can do it! Fighthing! "Jennie bermonolog lagi.

Jennie menarik nafasnya dalam-dalam. Lalu dihembusnya. Dia mulakan dengan senyuman.
Jong kook memandang Jennie yang tidak lekang dengan senyuman.

"Dah buang tabiat ka? Are you crazy? Senyum2 macam beruk aku tengok! "Kutuk Jong kook. Tetapi hakikatnya senyuman itu membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang dengan tiba-tiba.

"Beruk? Muka saya yang cantik ni awak kata beruk! Wow.. Awak ni memang cam ni erk? Suka hati ja awak kata macam2 dekat saya. Saya ada hati tau dak! "Kali ini Jennie tidak boleh sabar. Kesabarannya telah dilenyek dengan kata-kata Jong kook itu.

"Eleh.. Perasan lawa! Cermin diri sendiri!"sahut Jong kook.

"Cermin dah pun! Saya sedar saya tak segak macam awak! Tapi ayah saya cakap muka segak tak dak guna juga kalau ada hati yang hodoh! Macam awak lah! Muka ja segak tapi hati busuk! "

Jong kook merenung tajam ke muka Jennie.
"Hey perempuan! Kau sebenarnya nak apa? Ni tempat aku! Okey fine.. Kau tak nak belah biar aku yang belah! Buad semak ja! "

Belum sempat kaki Jong kook bergerak, tangannya di sentap oleh Jennie.

"Okey2...saya minta maaf! Actually saya datang sini sebab saya nak minta maaf kat awak! Saya baru teringat yang saya langgar awak ari tu. Mianhae. Awak jangan lah marah! Saya datang cara elok.!"pinta Jennie. Dia kena bersabar. Dia tidak boleh kalah.

Jong kook diam sejenak. Dia tahu yang dia sudah berkasar dengan perempuan ini.

"Ermm. Nah coffee. Tapi dah sejuk. Awak lah datang lambat! "Jennie menghulurkan cup yang diisi dengan coffee itu. Dia beli kopi di kantin sebelum pergi taman.

"Owh... "Jong kook mengambil minuman itu dari tangan Jennie.

"Hurmm... Awak maafkan saya dak? Saya ikhlas ni! Saya betul2 minta maaf! "Jennie memandang Jong kook. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.

"Araso. Aku maafkan." Kata Jong kook dengan nada yang perlahan. Tapi masih didengari telinga Jennie.

"Gomawo! Saya Jennie. Nama awak? "Tanya Jennie yang sedang menyuakan tangan kanannya ke arah Jennie. Tanda perkenalan.

"Jong kook! "Sambut Jong kook. Tangan Jennie disambutnya.

"Umur berapa? "

"18"

"Owh.. Saya 17 so kita beza setahun jerlah. Kita jadi chingu dah kan? Yeayy! "

"A-aku.... "Jong kook diam seketika sebelum menyambung. "Err... Ok. Cingu!"jong kook tersenyum nipis.

Mereka saling membisu. Jennie menguis-nguis rumput dikakinya.

"Be gentlemen jong kook! "Getus hatinya.

"Ermm.. Jennie ..aku pon nak minta maaf juga sebab kata kat kau macam2.mian"

Mata mereka berdua saling bertaut.
"Tak apa! Saya faham orang tengah marah kan, semua benda akan keluar. Sokay. "Jennie hanya tersenyum.

"Please jangan senyum macam tu! "Jerit hati Jong kook.

"Taman ni awak punya ka? Awak beli erk? Tak aci la macam tu! "Tanya Jennie. Tangannya sedang sibuk membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Yes! Taman ni aku punya."jawab Jennie dengan bangga.

"Macam lah hospital ni ayah awak yang punya! "

"Memang pun. "

"Bwo! Tipu lah! Ayah saya cakap tak elok menipu."

"Aku cakap benda betul. Tak caya sudah! Tak kesah! "Jong kook mengangkat kedua2 keningnya yang dicipta dengan sempurna.

"Memang tak caya lah! "Jennie mengeleng-geleng tanda tidak percaya dengan kata-kata Jong kook itu.

"Whatever! "Balas Jong kook dengan nada malas. Dia bangga dengan kemewahan yang dia ada. Tetapi, kemewahan itu tidak dapat mengembalikan mamanya dan sekali gus, menyembuhkan penyakitnya.

"Aku nak tanya kau pula! Sapa yang sakit? Kau ka? "Jong kook membuat andaian sendiri.
"Bukan! Atuk saya yang sakit! Tapi dia okey dah. Erm.. Saya tinggal di seoul. Saya holiday dekat rumah atuk. Sebulan saya cuti. "Jawap Jennie.
Jong kook mengangguk saja. Dia terlihat kelibat yang sedang melambai-lambai kearah mereka.

"Jennie... Aku ada hal sikit! Thanks for this coffee! "Jong kook meminta diri. Dia melebarkan senyumannya sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Okey! Welcome! Jumpa esok!"Balas Jennie.

"Jumpa esok? "Duga Jong kook.

"Ye.. Jumpa esok! Gumawo sebab sudi maafkan saya! "Dia ingin berkawan dengan Jong kook. Lagipun, dia tidak mempunyai kawan di sini.

Jong kook mengangguk sambil mengukir sebaris senyuman. "Welcome! "

Jong kook berlalu pergi meninggalkan Jennie disitu.

"Yes aku dapat kawan! Chingu yang hensem pula tu! Daebak! " bisik hati Jennie dengan kegirangan. Dia berjaya mendapatkan maaf dari Jong kook.

###

"Who is she? "Tanya Minho. Dia melihat seorang perempuan muda seusia Jong kook sedang berborak-borak dengannya.

"Kawan! "Jong kook merenung cup yang dipegangnya lalu terlihat segaris senyuman.

Minho mengerutkan dahinya. Setahunya anak menakannya itu antisosial. Sejak dari kecil lagi, Jong kook tidak pernah bergaul dan keluar bermain dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Dia hanya terperap di dalam rumah sahaja. Sekolah pun dia tak mahu pergi. Ibubapa Jong kook terpaksa mengupah cikgu privasi untuknya. Sejak ibunya meninggal, bertambah teruk keadaannya. Dia hanya mengurungkan dirinya di bilik.

"Uncle panggil Jong kook napa? "Soal Jong kook. Dia tidak puas berbual dengan Jennie. Dia berasa teruja dapat berkawan dengan Jennie walaupun berlaku pergaduhan besar antara mereka berdua.

"Uncle lupa pula! Petang ni Jong kook kena jalani terapi tu! "Beritahu Minho.

"Erm... Okey! "Sahut Jong kook .Dia menghirup kopi itu dengan perasaan yang teruja.

Bulat mata Minho mendengar jawaban dari mulut Jong kook. Lega hatinya. Akhirnya dia mahu juga buat. Berita ini harus disampaikan kepada Jeon.

minta maaf kalau cita ni bosan haha.
saja nak try karang novel.
tq sbbb sudi baca hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience