Bab:11

Fanfiction - KPOP Series 2549

Selepas habis makan, tiba-tiba pintu bilik Jong kook diketuk. Muncul Jeon. Dia memandang riak wajah Jong kook yang berubah itu. Setiap kali dia muncul di depan anaknya itu lah reaksi yang dilontarkan. Benci dan tiada perasaan.

Setelah pulang dari Europe, dia terus ke hospital untuk berjumpa Jong kook.

"Kamu baru lepas makan ka? Papa baru nak orderkan makanan yang sedap2 untuk kamu!"Ujar Jeon.

Jong kook hanya mendiamkan diri. Wajah Jeon langsung tidak dipandang.

"Err... Uncle Minho kata kamu dah jalankan terapi tu. Lega hati papa ni! "Kata Jeon sebaik saja dia duduk di atas sofa yang menghadap katil Jong kook.

"Mind your own business! "Balas Jong kook. Jeon telah lali dengan perkataan itu.

"Kalau kamu dah pulih sikit kamu boleh balik ke rumah! "

"Please.. Keluar! "Arah Jong kook.

"Jong kook...Sampai bila kamu tak mau maafkan papa? Kenapa susah sangat nak maafkan papa ni huh? "Hati Jeon berasa sangat terkilan dan pedih kerana masih tidak diterima oleh anaknya sendiri.

"Sampai mati! "

"Jong kook... Ni papa! Ayah kandung kamu! Banyak kali dh papa minta maaf... Please Jong kook! Tolongla dengar penjelasan papa! Please... "Merayu Jeon kepada Jong kook.

"Berapa kali aku nak cakap yang kau tak patut di maafkan. You not deserve it! "
Jeon mengeluh kuat. Betapa susahnya untuk dia meraih kemaafan dari anaknya sendiri.

"Papa nak kamu tau yang papa sayangkan kamu!"

"Keluarlah! "Kata Jong kook mendatar.

"Baiklah papa keluar! Jangan lupa makan ubat! "Ucap Jeon sebelum melangkah keluar dari bilik Jong kook.

###

Sebaik sahaja keluar dari bilik Jong kook, Jeon terus singgah ke taman itu. Lama dia terdiam menatap bunga tulip itu. Bunga yang disukai mendiang isterinya.
Sebenarnya Min young menghidapi barah otak sama seperti Jong kook.

Namun dia meninggal bukan kerana penyakitnya tapi kerana Min young terlibat dalam kemalangan.

Isterinya keluar dari hospital kerana mahu menjenguk Jong kook yang tengah demam teruk ketika itu. Min young mengalami pendarahan pada kepalanya dan tidak dapat diselamatkan.

Perlahan-lahan matanya dialihkan ke arah rumput yang sudah begitu panjang sehingga menutupi sebahagian bunga itu.

Tidak berapa minit kemudian, dia kembali dengan memegang cantas lalu dicantas rumput itu. Dia menyiram bunga itu.

Seusai menyiram, dia diam di bangku. Jeon menghela nafas panjang. Semua ini salah dia. Dia tinggalkan isteri dan anaknya disebabkan dia lebih mementingkan harta.

Dia hanya ingin pertahankan syarikatnya yang hampir bankrup.

Kalau lah dia dapat mengundurkan masa, sudah pasti dia tidak akan pergi ke Amerika dan mungkin sekarang ini dia sedang bahagia bersama Minyoung dan Jongkook.

###
setelah sekian lamanya menyepi Love you Mr Tulip kembali jua!!!
sorry saya bz dgn kerja(crying)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience