Bab:8

Fanfiction - KPOP Series 2549

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Jennie hanya mendiamkan diri.

"Jennie, what's wrong? Dari tadi termenung ja omma tengok! "Tanya Puan Sora. Dia menyedari perubahan anaknya. Sejak pulang dari hospital, muka Jennie kelihatan muram sahaja.

"Nothing! Ermm.. Jennie masuk bilik dulu!" Pinta Jennie.

"Yelah. Jangan lupa turun makan! "

"Okey! "

Telefon bimbitnya diletakkan di atas katil. Direbahkan tubuh yang lesu sambil mengubati hati yang sakit dengan kata-kata lelaki itu. Lelaki yang tidak punya hati. Kemudian dia termangu-mangu lagi apabila memikirkan lelaki itu.

"Bila masa aku langgar dia dekat kantin? Think! Cepat ingat balik wahai otak ku yang ku sayang!

"Jennie cuba mengingatkan balik. Berkerut-kerut dahinya untuk imbas balik. Tiba-tiba sel-sel otaknya berhubung. Dengan itu, dia
sesuatu. Lalu ditampar dahinya berkali-kali.

"Aigooo... Macam mana aku boleh tak ingat? Mamat tu cakap benda betul la! Pabo ya! "Desis hatinya. Masa itu, dia hanya asyik dengan lagu BTS nya.Dia betul-betul tidak sedar yang dia terlanggar lelaki itu. Sedar tidak sedar, Jennie melelapkan matanya.

###

Jennie menjeling air tembikai yang nampak sedap itu. Lalu, diteguk olehnya. Terasa segar sedikit badannya selepas tengkaknya dibasahi air tembikai itu. Ketika dia terjaga tadi, jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Dia terlelap malam semalam.

Kelihatan Puan Sora dan nenek yang sedang menonton tv.

"Good morning! "Tegur Puan Sora.

"Good morning too. Kenapa omma tak kejutkan Jennie semalam! Dah la semalam nenek masak sedap-sedap! Jennie baru nak rasa! "Luah Jennie.

"Kami saja tak mau kejutkan Jennie. Omma tengok Jennie nyenyak ja tidur. Tak mau la kacau! "Kata Puan Sora.

"Tu lah! Nenek kesian tengok kamu dah dua hari kamu ikut pergi hospital! Mesti kamu penat. "Sahut nenek pula.

"Aigoo... Mana ada penat nek! Jennie suka ada la! "Jari Jennie menunjukkan tanda bagus.

"Betul lah cakap nenek kamu tu. Mesti kamu penat. Dah kamu pi mandi, omma simpan lauk semalam so kamu tinggal panaskan ja. "Suruh Puan Sora.

"Ala malas lah nak panaskan. Omma jerla yang buat! "

Puan Sora mengeleng-geleng kepalanya.
"Dah besar panjang tapi masih nak harapkan omma. Masak pon malas macam mana nak kawen nanti? Omma kesian dengan bakal husband kamu nanti dapat isteri yang pemalas! "
Nenek hanya ketawa kecil melihat perdebatan antara Puan Sora dan Jennie.

"Omma... Jahat lah omma ni. Kalau kawen nanti pandai-pandai lah Jennie nanti!" Seloroh Jennie.

Puan Sora mengeleng panjang sebelum mencubit pipi milik Jennie.

Jennie mencebik. Dibiarkan sahaja pipinya ditarik-tarik omma nya.

"Erm atuk mana? "Mata Jennie meliar mencari atuk.

"Ada dekat bilik! "Balas nenek.

"Okey lah.. Jennie nek atas dulu nak mandi."kata Jennie sebelum menaiki anak tangga. Langkah Jennie terhenti tepat di bilik atuk. Dia mengintip celah pintu, atuknya sedang ralit membaca buku.

"Atuk! "Jerit Jennie.

"Aigoo... Terkejut atuk dibuatnya. Ingatkan gajah mana yang datang rupa-rupa nya cucu kesayangan atuk lah! "Kata atuk yang dicampur dengan lawak hambar.

"Ishh atuk ni... Not funny ok! "

"Mian... "

"Atuk... Jennie nak tanya boleh dak? "

Atuk menutup buku yang dibacanya.

"Tanya jerla."

" kalau kita kata dekat orang tu yang ibu dia tak pandai ajar cara beradab... Erm.. Biadap erk? "

"Biadap lah namanya. Jennie tak boleh la kata macam tu! Kalau dia ada buat salah dengan Jennie jadi, tegur lah dia elok-elok."

"Tapi... Kalau orang tu yang biadap dengan kita dulu cam mana? "Kali ini Jennie mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Jennie2...habis tu kalau dia mencuri kita pun kena mencuri juga ka? Jennie..dia buat salah dengan kita, maafkan jerla lepas tu tegur baik-baik!"

"Jennie memang dah maafkan dia..Jennie pun minta maaf dah! Dia yang tak nak terima! "Luah Jennie dengan perasaan geram terhadap sikap lelaki itu.

Atuk membelai rambut Jennie yang panjang mengurai itu.

"Jangan rosakkan satu maaf itu dengan pelbagai alasan. Dia tak nak terima tak apa. Kita slice dia! "Kata atuk. Jennie cubit lengan atuknya.

Lawak atuknya tidak dapat dihadam Ke dalam otaknya.Apa yang bermain dibenaknya ialah wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu sangat lah flawless .kalah perempuan. Hidungnya yang mancung itu. Matanya yang bulat dan anak matanya yang berwarna hazel itu. Handsome.

"Apa yang aku fikirkan ni? Wake up! Jangan buat pasal! "Jennie segera membuang pemikiran yang entah apa-apa itu. Dia sudah tekad untuk meminta maaf kepada mamat itu.

hope korang enjoy bab ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience