Rate

bab 4

Romance Series 4659

"Babe!"
Adriana yang baru sahaja keluar dari keretenya itu menoleh.

"Babe, sorrylah pasal semalam tu." Zureen berkata tergesa gesa. Nurin di sebelah hanya mengangguk beria ria. Adriana tidak menjawab . Hati kembali rasa sakit apabila mengetahui yang dia orang yang kononnya mengaku sebagai sahabat baiknya itu., berjaya melepaskan diri semasa polis membuat serbuan pada malam dia ditahan di lokap tempoh hari.
Zureen memandang Nurin apabila melihat Adriana tidak memberikan sebarang reaksi. "Babe, kau marah kitorang ke ni?" Nurin cepat cepat jalan beriringan di sebelah Adriana.

Adriana masih juga berdiam diri. Telinganya sedang melayan lagu Linkin Park yang berdentum daripada MP4nya itu. Nurin membuat isyarat mata ke arah Zureen di sebelah sana. Zureen mengangkat bahunya.

"Babe, come onlah." Zureen akhirnya menarik tangan adriana membuatkannya berhenti melangkah. "Yana, aku tahu kau marah kita orang berdua sebab malam ty kita orang tinggalkan kau macam tu je. Tapi kau sendiri tahu kan yang masa tu kelam kabut. Masing masing fikir nak selamatkan diri aje. Kalau kau pun, mesti kau cabut dulu kan." Nurin berkata sambil memandang wajah Adriana yang sengaja dimasamkan itu.
" Betul tu Yana. Kau kawan baik kitorang. Takkan kitorang saja saja nak tinggalkan kau macam tu je. Kau tahukan kita sorang sayang kan kau?" Zureen pula menyampuk. Mata sempat berbalas pandang dengan Nurin di sebelahnya.

Adriana melepaskan keluhan perlahan. Dia menarik wayar earphone yang tergantung di telinganya itu sebelum menoleh ke arah Nurin dan zureen. "Sudahla. Aku dah malas nak pikir. Lagipun, korang berdua tak salah. Kalau aku pun, aku akan pikir pasal diri aku dulu."
" So, kau dah tak marah lagi ke?" Nurin bertanya lagi. Adriana tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia pun dah malas nak gikir benda tu salah siapa. Dah cukup banyak benda yang menyerabutkan kepala di rumah. Dia taknak disebabkan hal kecik ini, dia hilang Zureen dan Nurin. Walaupun dia tahu kadangkala Zureen dan Nurin lebih suka mementingkan diri sendiri, tapi mereka sudah berkawan sejak di zaman matrikulasi lagi.

"Bagusla kalau macamtu. Hmm, jom gi makan. Laparlahh." Zureen berkata dan kembali gembira. "Kau belanja?" Nurin mengangkat kening. Zureen mencebik.
"Kenapa pulak aku yang kena belanja? Hmm, apa kata Yana yang belanja? Kau kan banyak duit." Zureen berkata sambil tersenyum ke arah Adriana. " Yelah, aku belanja. Korang nak makan apa?" "Yes! Ni yang buat kita orang sayang sangat dengan kau Yana. Tak kedekut and tak berkira. Bukan macam orang tu. Suruh belanja sikit dah bagi banyak alasan." Nurin menjawab sambil mencebik ke arah Zureen. "Ewah, ewah, sedapnya mengata orang. Habistu kau pun sama jugak kan. Suruh orang belanja air kotak pun kedekut." Zureen pula membalas.

"Sudah. Hal kecik pun nak bergaduh. Eh, lupa pulak aku nak tanya. Apa jadi dengan Zack malam tu? Dapat lepas jugak ke?" tanya Adriana ingin tahu.
Sejak malam Adriana ditahan di lokap tempoh hari, Zack tidak lagi menghubunginya. Puas juga dia menelefon teman lelakinya itu namun semua tak terjawab. Mesej pun dah beratus ratus kai dia hantar tapi satu pun tak terbalas.

"Entah. Tapi dengar dengar cerita dia pun dapat lepas lari malam tu. Kau tak tanya dia sendiri ke?" nurin bertanya lagi. "Entahla. aku dah mesej ngan call pun tak berangkat Entah hidup ke mati pun tak tu." Selamba Adriana menuturkannya.

Sisa sakit hati kembali terasa apabila mengingatkan yang Zack, teman lelakinya itu boleh bertindak meninggalkan dia macam itu sahaja pada malam itu sedangkan lelaki itu yang beria ria mengajaknya ke kelab pada malam tersebut. Katanya kelab malam tersebut selamat dan tidak pernah diserbu oleh polis. Huh!

"EH, tu macam Zack, kan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience