Rate

bab 2

Romance Series 4659

" Yana."
" Apa ni?" Kening Adriana berkerut apabila mata tertumpu pada tapak tangan Zureen yang terhulur di bawah batang hidungnya.
" Alah, kau ni. Buat buat tanya pulak. Kata nak chill?" Gadis itu menjawab selamba dengan tangan masih lagi terhulur ke arah Adriana. Adriana hanya merenung beberapa biji pil berwarna warni itu. Air liur ditelan perlahan.

" Err, thanks but no thanks." Adriana berkata perlahan. Zureen memutarkan bebola matanya ke atas." Come onlah babe. Kau ni kenapa? Kata kau serabut banyak masalah. Ni aku bagi ambik jelah." " Entah Yana. Ambik jelah orang bagi tu. Kau ingat senang ke minah tu nak bagi free macam tu je." Nurin yang turut berada di situ menyampuk perlahan.
Adriana mendiamkan diri. Suasana yang hingar bingar dan bunyi muzik di dalam kelab malam itu tidak diendahkan.

" Kenapa ni? ada apa apa masalah ke?" "Gepren ko ni ha. Aku bagi barang baik punya tapi dia boleh tolak mentah mentah macam tu je." Zureen menjawab sambil mencebik. "Barang apa?" Zack bertanya sambil memandang Adriana buat seketika sebelum kembali memandang Zureen.
"Benda nilah. Aku dahlah sikit punya susuah nak dapat benda ni semata mata sebab mina ni, tapi minah ni tolak macam tu aje. "Ekstasi?" Zack mengangkat kening sambil memandang Adriana di sebelah.

Adriana masih lagi tidak memberikan tindak balas. "Bagi sini." Zack menghulurkan tangan mahu mengambil pil tersebut dari tangan Zureen. "Kau nak buat ape?" tanya Zureen agak curiga. " Adalah."
Zureen membuat muka. "Helo bro, kalu nak bayarlah dulu. Apa ingat aku dapat benda ni free ke?"

"Kau dengan aku pon nak berkira kan? Nanti aku bayarlah."
Zureen menjeling sebelum menghulurkan pil tersebut ke arah Zack. "U nak buat aoa dengan benda tu?" Adriana bertanya ingin.tahu apabila melihat Zack meletakkan pil tersebut di atas meja. Zack hanya tersenyum, namun tidak berkata apa apa.
Dia kemudian mencapai gelas separuh isi milik Adriana sebelum meneguk minuman tersebut sehingga habis. Kemudian, dia menghancurkan pil yang diletakkan di atas meja itu dengan gelas kosong di tangan sehingga menjadi serbuk halus. Adriana hanya memandang perbuatan teman lellakinya itu tanpa mampu dapat mengagak apa yang mahu dilakukan oleh lelaki itu.

"You..apa u buat ni?" Adriana bertanya agak terkejut apabila melihat Zack merendahkan tubuh ke arah pil yang sudah menjadi serbuk itu sebelum menyedutnya melalui hidung.
"Heaven." " What?" Adriana bertanya kehairanan." Tryla. U pasti akan suka." "Try apa?"tanya Adriana lagi. " Try sedut." Zack menjawab sambil memandang Zureen dan Nurin yang sudah mula berkhayal itu. "Sedut untuk apa?" "Cubala dulu. Nanti u akan tahu sendiri."

Adriana hanya memandang Zack yang sudah mula berkhayal seperti Zureen dan Nurin sebelum pandangan teralih pada baki serbuk putih di atas meja ini. Setelah beberapa lama, Adriana merendahkan tubuhnya sbelum menyedut habis baki serbuk pil khayal itu.
Kemudian, fikirannya mula melayang layang tanpa mampu dikawal. Pengunjung kelab malam yang terkinja kinja di hadapannya ini pula kelihatan sepeti bayang bayang. Zack, Zureen dan Nurin yang turut sama separuh sedar di sekelilingnya itu tidak diendahkan ketika dia cuba berdiri. Tubuh terasa terhuyung hayang ketika dia mula melangkah menuju ke lantai tarian.Terasa tubuhnya seperti terawang awangan ketika dia turut sama menari di celah celah pengunjung yang turut sama mabuk dan berkhayal itu. Semuanya sangat indah seperti berada di dalam syurga.

"Jangan bergerak! Kami polis!."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience