Rate

bab 5

Romance Series 4659

"EH, tu macam Zack kan?"
Zureen menunjukkan ke arah seseorang yang sedang bergurau senda di hujung meja yang terletak di hujung cafe kolej tersebut.
Adriana segera melarikan anak matanya ke arah yang dimaksudkan oleh Zureen itu. Berderau darahnya apabila melihat apa di hadapan matanya itu. Bibir digetap cuba menahan rasa marah dan geram.

"Alah, abang ni. Janganlaa."
Rengekan si perempuan jelas kedengaran di telinga Adriana membuatkan rasa sakit hatinya semakin bertambah.
Zureen dan Nurin hanya saling berpandangan sebelum mereka kembali memandang ke arah Adriana yang sedang menggigil menahan marah.

"Teruk betullah Zack tu. Entah dengan perempuan murahan mana yang dia sibuk mengayat tu. Eh, Yana, kau nak pegi mana?" Nurin melaung memanggil ke arah adriana apabila melihat gadis itu sudah berjalan menuju ke arah Zack yang sedang bermesra mesra tanpa menyedari kehadirannya di situ.

Adriana yang sedaya upaya menahan rasa amarah ketika itu lantas mencapai gelas berisi Milo panas di atas meja yang hanya tinggal separuh itu lalu disimbah ke arah Zack yang masih lagi tidak menyedari akan kehadirannya di ditu.

"What the hell!" Spontan Zack berkata kuat apabila Milo panas tersebut mengenai muka dan pakaiannya. Baju putih yang dipakai lelaki itu terus bertukar menjadi coklat gelap.
"The hell is you!" Adriana menjawab berang . Tangan yang memegang gelas yang telah kosong itu turut sama menggigil dek kerana menahan marah. Zack memandang Adriana yang sedang berdiri di hadapannya itu dengan raut wajah yang terkejut. Barangkai lelaki itu tidak menyangka akan terserempak dengan gadis itu di situ. 'Bukankah Yana sekarang berada di dalam lokap? Bukankah Yana pernah cakap papanya tidak mahu lagi menjamin dia sekiranya dia tertangkap lagi?'
"Er, Yana sayang, you buat apa kat sini? Bukan ke, err..."

Adriana masih merenung tajam lagi ke arah lelaki itu. Rasa seperti mahu sahaja dia mencampakkan gelas di tangannya ke muka lelaki itu. Biar pecah berderai! Dasar lelaki tak guna!
"Tak payah nak bersayang sayang dengan I. Ni siapa? Apa you buat dengan dia?" Adriana menuding jari ke arah gadis di sebelah Zack itu. Gadis itu kekihatan terkulat kulat apabila menyedari semua mata yang berada di cafe tersebut tertumpu ke arah mereka. Zureen dan Nurin pula tidak berani nak masuk campur . Atau mungkin masing masing malu dengan apa yang jadi dan memilih untuk menjauhkan diri sahaja daripada terlibat dengan insiden tersebut.

"Err, yang ni? Err...ni junior I. Dia.." Zack menajawab tergagap gagap . Jelas tergambar wajah gadis itu rasa tidak percaya. Barangkali gadis itu tidak menyangka yang Zack hanya menganggapnya sebagai junior sahaja sedangkan mereka lebih dari sekadar itu.
Adriana hanya ketawa sini. Sudah masak sangat dengan perangai celaka Zack itu.Dari dulu sampai sekarang perangai playboy lelaki itu tidak berubah. Dasar lelaki tak sedar diri!

"You know what, I'm done. We are done. Mulai dari saat ini, ketika ini, hubungan kita putus. O.V.E.R. Spell over. Tak kuasa I nak layan perangai buaya darat you tu lagi." Adriana berkata cuba menahan sabar. Dadanya turun naik menahan rasa geram kerana buat sekian kalinya, dia ditipu lagi oleh lelaki itu. Adriana berlalu dari situ.
" Yana!" panggil zack tiba tiba. Spontan langakh kakinya terhenti, namun dia tidak berpusing. "You kena ingat, I yang putuskan perhubungan ni bukan you. Faham?"
Adriana tersentap buat seketika. Disangkanya lelaki itu mahu memujuknya seperti biasa namun dia silap. Ego lelaki itu terlalu tinggi untuk ditundukkan. Air mata mula bergenang di tubir mata apabila menyedari ramai pelajar yang menonton adegan tersebut. Tanpa sebarang balasan, dia melangkah laju ke depan. Dia penat. Sudah penat dengan semua ini.

"Yana? Kau nak pegi mana tu?" Nurin dan Zureen memanggil apabila melihat gadis itu hanya melepasi mereka tanpa berkata sepatah pon.

Adriana tidak membalas. Langkah kaki laju diatur menuju ke kereta. Alarm kereta ditekan sebelum pintu dibuka. Segala jenis buku dan beg tangan dihumban ke tempat duduk penumpang di sebelah. Dengan satu sentapan yang kuat, kereta dipandu laju keluar dari kawasan kolej tersebut. Buat ke sekian kalinya, air mata yang cuba ditahan sedaya upaya tadi akhirnya mengalir juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience