Rate

bab 1

Romance Series 4659

"Kamu dari mana?"
Langkah kaki Adriana terhenti, ketika dia baru sahaja mahu melangkah mendaki anak tangga yang pertama.
"Adriana! Papa tanya ni, kamu dari mana? Lewat malam baru reti nak balik rumah?!" Encik Amir bertanya agak keras apabila meihat anak gadisnya itu seperti tidak mengendahkan pertanyaannya sebentar tadi.
Adriana merengus perlahan. Earphone yang tersumbat di telinga ditarik sebelah.

" Jumpa kawan." Dia menjawab tanpa perasaan. Kaki mula diatur mahu memanjat anak tangga namun terhenti lagi buat kali kedua.
" Jumpa kawan apa malam malam buta ni? Yana jangan nak buat perangai lagi. Kali ni kalau Yana kena tangkap, papa takkan jamin Yana lagi." Encik Amir berkata separuh mengugut.

Adriana menjeling ke arah papanya dengan hujung mata. Hati terasa sakit apabila mendengar kata kata papanya itu.
Tanpa berkata sepatah pun, kaki diatur deras menuju ke tingkat atas.

"Abang, apa yang bising bising malam malam buta ni?" Telinga Adriana menangkap suara mamanya di bawah ketika tangannya sudah menyentuh tombol pintu bilik tidurnya.
"Tengokla anak awak tu. Makin hari makin melampau. Kurang ajar. Ini semua salah awak. Manjakan sangat budak tu. Apa dia nak semua awak bagi je." "Eh, abang ni. Saya pulak yang disalahkan. Habistu abang yang sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa untuk anak isteri tu tak apa pulak."

Kedegang! Pintu dihempas kuat. Dia menyandarkan tubuh pada pintu biliknya sambil memejamkan mata. Air mata yang terasa penuh di kelopak mata terasa mahu gugur membasahi pipi. Lambat lambat dia melangkah menuju ke arah katil. Tubuh dibaringkan di atas katil. Mata kembali dipejam. Teddy bear yang hampir lusuh dek kerana terlalu lama menjadi teman tidur itu ditarik merapati dirinya. Seketika kemudian, tubuhnya terenjut enjut menahan tangis buat ke sekian kalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience