Rate

BAB 1

Romance Completed 3009

Terasa bagai mimpi apabila abangnya yang keluar rumah untuk bertemu kawan-kawan pulang ke rumah dalam keadaan kaku tidak bernyawa.

Terasa bagai tidak percaya saat jenazah abangnya diusung ke tanah perkuburan untuk dipulangkan ke tempat asal kejadian manusia.

Malah, hingga ke saat ini, dirinya masih tidak dapat meyakinkan diri bahawa satu-satunya abang yang dia punya sudah pulang ke sisi Pencipta, meninggalkan dirinya sendirian tanpa sesiapa untuk berkongsi duka.

Hawaz tidak tahu mahu memberi reaksi apa ketika berita kemalangan yang menimpa abangnya sampai ke telinganya.

Mulanya, dia menyangkakan teman baik abang itu sekadar bercanda. Malah, dia seribu kali lagi lebih rela jika benar teman abangnya itu hanya bercanda!

Hawaz ketawa perlahan dengan kepala yang digeleng-gelengkan tanda tidak percaya.

‘Abang Mir jangan tipu! Abang keluar kejap je pergi jumpa kawan-kawan dia. Kenapa abang nak mati pulak?’

Azmir yang datang menyampaikan berita kemalangan yang menimpa teman baiknya itu terkedu dengan reaksi adik Rayqal. Gadis itu seakan-akan hilang arah.

‘Abang Mir bukan cakap Rayqal mati, Hawaz. Abang Mir cakap, Rayqal kemalangan. Dekat simpang depan tu.’

Azmir menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Pening kepalanya mahu berhadapan dengan adik tunggal teman baiknya itu.

Lain yang dikatakan, lain pula yang difahami oleh gadis itu. Dia sendiri tidak tahu seteruk mana keadaan Rayqal kerana dia sendiri tidak berkesempatan menyaksikan ketika Rayqal diusung pergi.

Namun, menurut kata teman lain yang berada di tempat kejadian, keadaan Rayqal nampak parah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience