Hawaz terkedu dengan ucapan sayang daripada abang kesayangannya itu. Entah kenapa hatinya jadi tidak senang mendengar ucapan itu.
‘Hawaz juga sayangkan abang.’
Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati sambil matanya melihat kelibat abangnya yang menunggung motosikalnya hilang dalam kegelapan malam.
Hawaz kembali mengalihkan perhatiannya kepada skrin televisyen.
‘Abang, Hawaz minta maaf. Abang pulanglah. Hawaz janji Hawaz akan dengar cakap abang. Hawaz takkan kerja dengan Ilham kalau abang tak suka.
Hawaz minta maaf, abang. Tolonglah, abang. Tolong jangan tinggalkan Hawaz. Hawaz rindu pada abang.’
Hawaz tidak kekok berbicara dengan pusara abangnya seakan-akan lelaki itu yang sedang berhadapan dengannya.
Dia mahu abangnya tahu betapa dia menyesal melawan cakap abang. Dia mahu abangnya tahu dia sayangkan abang.
Tapi, hakikat kematian masakan boleh dilawan.
Azmir yang memandang dari jauh mengesat air mata. Dia tidak tahu ke mana gadis itu akan pergi selepas ini.
Dia tidak tahu jika ada saudara mara yang mahu menjaga gadis itu.
Rayqal pernah mengatakan bahawa mereka tidak ada saudara mara selepas kematian ibu bapa mereka.
Hawaz tidak betah berganjak daripada kuburan abangnya. Rindunya masih belum terubat.
Share this novel