PART 3

Fanfiction - KPOP Series 1130

Rose melabuhkan punggung di kerusi sebelah Chanyeol ."Anyeonghaseyo,Chanyeol imnida"sapa Chanyeol sambil menghulurkan tangan kepada Rose."Dae anyeong.Rose imnida"Rose menyambut tangan Chanyeol dengan senyuman manis dan mereka berdua pun bersalaman."Nk first time kan awak jadi model untuk NATURE REPUBLIC?"tanya Chanyeol ramah sambil memandang kearah gadis itu."Dae"jawab Rose sambil tersengih."Kalau ada apa-apa......"belum sempat Chanyeol menghabiskan ayatnya,D.O yang baru sahaja selesai menukar pakaian masuk ke dalam bilik solekan.Rose terus berdiri dan menunduk hormat kepada D.O dan D.O pun membalasnya.Hari ini mereka semua disuruh memakai baju berwarna kuning untuk disesuaikan dengan tema musim panas.
Bilik solekan kelihatan agak sibuk kerana masing-masing sedang bersolek dengan make up artis sendiri.Mereka semua berbual mesra untuk merapatkan hubungan sebagai kawan sekerja.Sedang mereka berbual-bual sambil bergurau-gurau tiba-tiba manager NATURE REPUBLIC masuk ke dalam bilik solekan."Okay guys,hari ini kita akan menjalankan photoshoot di pantai Seoul.Siapa yang dah siap sila keluar ye"arah manager itu sebelum meninggalkan mereka.
Seorang demi seorang artis keluar dari bilik solekan,yang tinggal hanya Jisoo yang sedang memakai anting-anting dan Suho yang sedang menyusun kerusi yang digunakan ahli-ahlinya tadi yang sudah selesai bersolek.Suho melangkah keluar dari bilik tersebut.Tiba-tiba"Aduh mana ni?"dia terdengar suara Jisoo dan dia mengundur balik masuk ke dalam bilik solekan.Kelihatan Jisoo sedang meraba-raba sesuatu di atas lantai yang berwarna hitam itu.
"Awak cari apa Jisoo yah?"tanya Suho."Saya punya anting-anting jatuh tadi"jawab Jisoo.Tangannya terus meraba-raba di sekelilingnya.Suho menghampirinya dan cangkung di sebelahnya."Lantai ni gelap,susah nak cari"kata Suho.Dia membantu gadis itu mencarinya.Mereka cari dengan pantas kerana semua orang sudah berada di dalam van kecuali mereka berdua.Akhirnya Suho menjumpai anting-anting milik Jisoo di bawah meja solek Jisoo."Nah"kata Suho sambil memberikan anting-anting tersebut kepada Jisoo."Gumawo oppa"jawab Jisoo sambil tersenyum manis.Entah kenapa dia menunggu sehingga gadis itu siap berdandan dan mereka berdua pun keluar dari bilik solekan bersama-sama.
Dua buah van dan sebuah kereta menuju ke Pantai Seoul yang terletak agak jauh dari pejabat NATURE REPUBLIC.Sampai sahaja,mereka semua terus turun dari van.Kelihatan perabut-perabut untuk photoshoot sudah disediakan.
"Baiklah,berkumpul semua"jerit manager dan ahli EXO dan BLACKPINK terus berjalan kearahnya.Habis rambut mereka ditiup angin pantai yang kuat."Kita akan mulakan photoshoot dengan ahli BLACKPINK dulu.EXO kalau boleh awak tolong ajar mereka ye sikit-sikit."kata manager lagi."Photoshoot yang pertama ni kita akan mulakan dengan BLACKPINK dulu ye"tambah manager lagi.Manager itu menyuruh BLACKPINK pergi ke kerusi pantai dan bersiap sedia untuk photoshoot.Manager itu terus berlalu dari situ kerana dipanggil oleh juru kamera.
"Okay guys,10 minit rehat"jerit kru kepada mereka.Mereka semua menghelakan nafas lega kerana kepenatan.Seorang kru menghampiri mereka semua dan memberikan sebotol air mineral.Ada yang sedang duduk melihat pemandangan pantai dan ada yang sedang bermain telefon bimbit.
"Penat?"tanya Sehun sambil melabuhkan punggung di sebelah Lisa yang sedang duduk bersila di atas pasir sambil minum air."Serius penat"jawab Lisa sambil tergelak."Juru kamera ni cerewet sikit.Dia mesti pastikan gambar tu perfect.Sebab tu la,produk NATURE REPUBLIC nk sentiasa mendapat tempat dihati orang"balas Sehun.Dia memandang wajah Lisa dan sesekali wajah gadis itu diganggu dengan rambutnya yang mengerbang kerana ditiup angin pantai.
Mereka semua terus menjalankan photoshoot buat kali yang kedua iaitu photoshoot berkumpulan dan dimulakan dengan EXO dahulu.Selepas itu,baru diikuti dengan BLACKPINK.
"Kamsahamnida kepada semua artis-artis dan kru-kru yang sudah bertungkus lumus untuk photoshoot pada hari ini.Kita akan berjumpa lagi untuk shooting iklan pula.Saya harap awak semua akan hafal skrip yang akan saya berikan di pejabat nanti"kata ketua kru NATURE REPUBLIC.Photoshot mereka tamat tepat pukul 6 petang.Selepas semua bersurai mereka memasuki van masing-masing untuk kembali ke pejabat bagi menukar pakaian dan mengambil skrip untuk esok.
"Aduh"jerit Rose kerana pasir pantai masuk ke dalam matanya.Chanyeol dan Xiumin yang sedang berjalan di belakang Rose terus mendapatinya."Rose gwenchanayo?"tanya Chanyeol."Ada pasir masuk mata saya"jawab Rose sambil mengosok-gosok matanya."Chanyeol,aku pergi dulu tau"kata Xiumin dan meninggalkan Chanyeol dan Rose disitu."Sini saya tiupkan"kata Chanyeol.Rose terus mengalihkan tangannya.Chanyeol menghampirinya dan dia meniupkan angin kearah mata Rose yang sudah sedikit merah akibat termasuk habuk.Selepas 2 3 kali Chanyeol meniup,Rose merasakan bahawa matanya telah kurang sakit."Okay?"tanya Chanyeol dan Rose mengangguk."Gumawo chanyeol sshi"ucap Rose sambil tersenyum.Mereka berdua terus menuju ke van mereka.
Sampai sahaja di pejabat,mereka terus menukar baju masing-masing.Sebelum pulang mereka diberi skrip untuk shooting iklan NATURE REPUBLIC pada hari esok.
--------------------------------------------------------------------
"Ahhh,i miss my bed"jerit Chen sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.Masing-masing melepaskan keluhan mereka sambil bersandar di sofa ruang tamu.Suho melihat skrip nya dan dia merasa sedikit pelik kenapa di skripnya terdapat dialog wanita."Wait guys,dekat skrip korang ada tak dialog wanita?"tanya Suho dan semua ahli EXO terus melihat skrip masing-masing.
"Kat skrip aku ada nama Baekhyun"kata D.O sambil menunjukkan kertas skrip nya.Ini bermaksud mereka harus membuat iklan secara berpasangan."Jap,siapa yang kat skrip dia ada dialog wanita?"tanya Kai.Dengan pantas Chanyeol,Sehun,Kai dan Suho mengangkat tangan dan mereka berpandangan sesama sendiri."Fuh selamat bukan aku,kalau tak habis berperang dengan Yeri(Red Velvet)nanti"kata Chen sambil melepaskan nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience