PART 2

Fanfiction - KPOP Series 1130

Kelihatan Jisoo,Jennie,Rose dan Lisa sedang menyorong bagasi mereka keluar dari airport Busan sambil dikelilingi dengan peminat-peminat yang sedang mengambil gambar.Pelik,malam-malam pun peminat masih sanggup menunggu di airport.Walaupun mereka kelihatan penat tetapi mereka masih tersenyum dan melambaikan tangan kearah peminat-peminat.Kadang-kadang mereka memperbetulkan rambut yang ditiup angin.Keempat-empat gadis itu terus berjalan mengikuti manager mereka menuju ke kawasan parking kereta kerana disitu van mereka diletakkan.
Baekhyun sedang bernyanyi kecil di hadapan cermin yang tergantung di ruang tamu rumah sambil memperbetulkan rambutnya yang baru disapu minyak rambut tadi."Hyung(abang),nak pergi mana?"tanya Kai yang sedang bermain PS4 bersama Sehun di ruang tamu."Aku nak keluar dating dengan Taeyeon"jawab Baekhyun sambil tersenyum."Tolong belikan ramen?Laparlah"adu Kai.Sehun masih fokus kearah kaca televisyen kerana dia sedang berlawan soccer bersama Kai."Sorry,I have to go"dengan pantas Baekhyun terus memecut keluar dari kediaman mereka."Hati-hati,jangan sampai ditangkap peminat atau Dispatch"nasihat Sehun yang cuba mengajukkan kata-kata Boss mereka iaitu En.Soo Man.
"Hun,jom teman aku pergi kedai serbaneka."Kai menepis lengan Sehun tanpa memandang kearahnya kerana matanya sibuk memerhatikan kaca televisyen dan tangannya ligat menekan alat kawalan itu.Perlawanan soccer antara mereka masih diteruskan."GOAL!!!!!"jerit Sehun tiba-tiba."Eii,kau ni.Aku cakap kau buat pekak je"marah Kai."Iye-iye.Jomlah"jawab Sehun sambil tersenyum puas kerana dapat kalahkan Kai.
Di dalam van,Rose dan Jisoo sedang tidur akibat kepenatan manakala Jennie dan Lisa sedang berbual-bual.Tiba-tiba kedengaran perut Jennie berbunyi menandakan gadis itu lapar."Jennie awak lapar ke?"tanya manager yang duduk di sebelah tempat duduk memandu."Cik Jennie nak saya berhenti kat kedai serbaneka ke?"tanya pemandu mereka."Bolehlah,lagipun saya haus"jawab Lisa sambil tersengih menampakkan giginya yang putih itu.
"Kau pergi la tempat ramen,aku nak beli air sekejap.Main game lama-lama,haus pulak rasanya"kata Sehun dan terus membelok ke arah beberapa peti ais yang tersusun semua jenis air dan Kai pula berjalan kearah kawasan makanan ringan.
Jennie dan Lisa turun dari van."Unnie(kakak) nak saya temankan tak?"tanya Lisa."Tak apa,awak pergi lah beli air"jawab Jennie dan mereka berdua pun berpecah selepas memasuki pintu kedai serbaneka.
Kai berjalan mengelilingi kawasan makanan ringan untuk mencari ramen kegemarannya tetapi tiada.Dia punya khusyuk mencari sehingga dia tidak perasan yang dia terlanggar seseorang."Mianhei(maaf)Jongmal mianhei(maaf sangat-sangat)"ucap Kai kepada gadis yang dilanggar itu."Aniyo(tak apa)saya yang salah"balas gadis itu sambil tersengih.Mereka menatap muka satu sama lain."Jennie yahh"Kai menudingkan jari kearah Jennie."Jongin oppa"Jennie membalas tundingan itu."Awak buat apa kat sini?"tanya Kai."Dari airport tadi,tiba-tiba rasa lapar pulak"jawab Jennie malu."Dari airport pergi mana?"tanya Kai lagi mesra."Kami pergi ke Taiwan untuk photoshoot New Jalouse"terang Jennie dan Kai mengangguk.
"Akhirnya jumpa jugak"kata Sehun teruja sambil mengambil air yang berperisa anggur yang hanya tinggal sebotol sahaja di situ.Tiba-tiba seorang gadis yang datang entah dari mana mengambil botol itu juga.Mereka berdua terkejut.Sehun mengamati muka gadis itu kerana seperti pernah dia lihat."Lalisa"Sehun terkejut melihat gadis itu."Sehun oppa"mata Lisa terus membulat."Dae anyeonghaseyo"tunduk Sehun sambil tersenyum malu.Mukanya kelihatan merah."Anyeonghaseyo oppa"balas Lisa sambil menundukkan kepala juga.Kelihatan muka mereka berdua seperti sedang menahan malu.
"Awak nak beli apa?"tanya Kai kepada Jennie."Ramen"jawab Jennie membuatkan Kai tersenyum melihat kecomelan gadis itu.Mereka berdua mencari ramen bersama-sama dan selepas mendapatkan ramen masing-masing mereka menuju ke kaunter.
"Awak nak air ni ke?"tanya Lisa.Sungguh dia teragak akan air itu semasa di Taiwan lagi."Aniyo,saya cuma nak tengok je"jawab Sehun sambil tersengih.Sesekali jadi gentleman apa salahnya.Akhirnya Sehun hanya mengambil air yang berperisa anggur yang lain.Selepas itu mereka berdua terus menuju ke kaunter bayaran.
Di situ,mereka berempat berjumpa.Selepas siap membayar mereka berempat terus keluar dari kedai serbaneka itu."Jumpa esok untuk photoshoot"kata Sehun kepada Jennie dan Lisa sambil melambaikan tangan diikuti Kai.Jennie dan Lisa terus masuk ke dalan van selepas membalas lambaian manakala Kai dan Sehun terus menaiki kereta Kai untuk pulang kerumah.
"Korang berdua pergi mana?"tanya Jisoo yang terbangun selepas mendengar pintu van ditutup."Mianhei unnie,kitorang pergi beli makanan sekejap"jawab Jennie.Van mereka pun terus memecut menuju ke rumah mereka.
---------------------------------------------------------------------
Tepat pukul 8 pagi,van EXO sudah berada di hadapan Pejabat Nature Republic.Mereka semua turun dari van,kelihatan mereka sangat bersemangat untuk photoshoot pada hari ini."EXO sila masuk dulu sementara kita menunggu ahli BLACKPINK sampai"arah seorang gadis iaitu manager di Nature Republic ini.Tiba-tiba sebuah van berwarna hitam juga berhenti di belakang van EXO dan dengan kelam kabut ahli BLACKPINK keluar dari van itu."Mianhei,kitorang lambat"ucap mereka berempat serentak sambil tersengih."Gwenchana"ucap EXO serentak membuatkan mereka semua yang berada di situ tergelak.
"Okay guys,photoshoot kita pada hari ini bertemakan musim panas.Jadi saya nak awak semua menggayakan produk Nature Republic sesuai dengan tema musim panas."arah manager tadi selepas mereka semua berkumpul di dalam bilik mesyuarat di Pejabat Nature Republic.Ahli EXO dan BLACKPINK terus mengangguk faham."Jadi sekarang awak semua boleh pergi bersiap dan kita akan memulakan photoshoot kita"arah manager lagi dan mereka semua terus keluar dari bilik mesyuarat menuju ke bilik persalinan pakaian dan bersolek.
Kelihatan Chanyeol sedang disolek oleh seorang make up artist.Make up artist itu sedang menggayakan rambutnya.Kelihatan kawasan di situ sunyi kerana masing-masing masih menukar pakaian mereka.
"Anyeonghaseyo"ucap seorang gadis sambil membuka pintu bilik solekan.Chanyeol dan make up artist itu terus menoleh ke arah pintu.Kelihatan Rose yang sudah siap menukar pakaian menuju ke arah mereka.Rose mengenakan singlet berwarna kuning paras lutut untuk mengenakan dengan tema musim panas.Entah kenapa mata Chanyeol tidak berkelip-kelip melihat gadis itu.Rose terus menunduk hormat kearah Chanyeol dan make up artis itu."okay Rose,awak duduk dulu sebelah Chanyeol.Saya akan panggilkan make up artist awak"kata gadis yang sedang menyolek Chanyeol tadi dan terus meninggalkan mereka berdua."Dae,kamsahamnida"jawab Rose sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience