PART 5

Fanfiction - KPOP Series 1130

Langit sangat gelap menandakan waktu sudah sangat malam.Sudah tiba masanya mereka semua balik untuk berehat.Seorang demi seorang keluar dari rumah itu.
"Jisoo yah"langkahnya untuk memasuki van terhenti dan dia menoleh ke belakang."Dae,Suho sshi?"tanya Jisoo kepada Suho."Saya nak ucapkan good night je"ucap Suho sedikit gugup."Terima kasih.Awak pun"balas Jisoo sambil tersenyum.Dia terus memasuki perut van yang sudah dipenuhi dengan ahli-ahlinya yang lain.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah bekerja keras untuk photoshoot dan shooting pada hari ini.Maaf sebab petang tadi saya terpaksa pulang awal kerana ada hal yang mustahak"Boss NATURE REPUBLIC menghantar pesanan melalui whatsapp yang mempunyai semua kru-kru termasuk EXO dan BLACKPINK."Welcome boss,saya harap produk ini mendapat tempat di hati semua orang"Lisa membalasnya.Selepas itu diikuti Sehun yang menghantar emoji love besar tanda dia berbesar hati dengan pekerjaan ini.
"Jennie yah"dia memberanikan diri untuk menghantar pesanan itu kepada seseorang.Tidak sampai beberapa minit,pesanan nya dibalas."Dae,Kai sshi"balas Jennie."Awak tengah buat apa?"tanya Kai lagi."Saya tengah rehat kan badan yang sudah penat menjalani shooting seharian"balas Jennie sambil menghantar emoji ketawa sambil menangis dengan niat untuk bergurau.Daripada menghantar dan membalas pesanan terus ke panggilan telefon.Mata yang dari tadi mengantuk serta merta hilang.Mereka berbual dengan sangat mesra.Kadang kala di bilik Kai dan bilik Jennie kedengaran suara ketawa.Entah apa yang dibual mereka pun tidak tahu.
Hari ini merupakan hari untuk mereka beristirehat.Jadual mereka telah dikosongkan selama 3 hari untuk berehat kerana kepenatan shooting kelmarin.
Dia melihat telefon bimbitnya berkali-kali.Dia mulai resah.'Ah lantak la,eomma cakap kalau nak tackle perempuan kena gentleman sikit'katanya dalam hati.Selepas membuat keputusan dia terus mendail sebuah nombot telefon dan meletakkannya di telinga kirinya.
"Yobeseyo?(siapa ni?")"kedengaran suara perempuan di corong telefon bimbitnya."Sehun sshi"jawab lelaki itu."Ah dae,anyeonghaseyo"ucap Lisa selepas mengetahui sang pemanggil.Dia lupa bahawa dia tidak menyimpan nama kenalan EXO."Hari ni awak free tak?"tanya Sehun."Free,sebab jadual kita kan dah dikosongkan selama 3 hari?"jawab Lisa lagi."Saya nak ajak awak lunch.Boleh?"Sehun mulai gugup."Boleh"balas Lisa.Entah kenapa dia menguntumkan senyuman yang menandakan dia sangat bahagia pada waktu itu."Awak hantar kan saya lokasi tempat tinggal awak,tengah hari ni saya ambil awak"tambah Sehun lagi.Mereka berdua berasa malu."Ah dae,kamsahamnida"ucap Lisa sebelum menamatkan talian.Lisa meletakkan tangannya didadanya.Kenapa dia berasa berdebar?Selama ini ada sahaja yang ingin mengajaknya makan tengah hari tetapi kenapa kali ini dia merasa sedikit kelainan.
"Yah,toben.Kesini kamu.Jangan main jauh-jauh"marah Chanyeol kepada anjing peliharaannya yang telah dia pelihara selama hampir 8 tahun.Hari ini dia meluangkan masa bersama anjingnya kerana semenjak dua menjak ini dia terlalu sibuk dengan jadualnya yang padat.Chanyeol duduk di kerusi batu sambil memerhatikan anjingnya bermain di tanah lapang.Tiba-tiba kelihatan seekor anjing berwarna coklat menghampiri toben."Baby,come here"kedengaran suara seorang wanita memanggil anjing berwarna coklat itu.Chanyeol menoleh ke belakang selepas mendengar suara wanita itu.
"Rose sshi?"kata Chanyeol sedikit terkejut."Chanyeol sshi"balas Rose lagi.Mereka berdua terkejut kerana ditemukan lagi.
"Comel anjing awak"puji Chanyeol.Mereka berdua duduk di kerusi batu sambil memerhatikan Toben dan Baby bermain bersama-sama."Sebenarnya dia anjing peliharaan mendiang(orang yang sudah meninggal) nenek saya"balas Rose sambil tersenyum pahit."Ah,mianhei"ucap Chanyeol kesal."Sebelum mendiang nenek saya meninggal,dia suruh saya jaga Baby ni sampai bila-bila"tambah Rose lagi.Chanyeol hanya mengangguk faham."Akhirnya,Toben ada kawan baru"Chanyeol terus menukar topik membuatkan Rose tertawa kecil."Cuti ni awak tak ada plan nak pergi mana-mana ke?"tanya Rose kepada Chanyeol."Entah lah,tengok la dulu"balas Chanyeol sambil menguntumkan senyuman manis kepada gadis itu.Mereka berdua berbual mesra sambil memerhatikan anjing-anjing peliharaan mereka bermain-main.
"Okay lah Chanyeol,saya balik dulu ye.Saya nak bawak Baby pergi klinik haiwan"kata Rose.Dia terus menghampiri Baby dan mendukungnya."Awak pergi naik apa?"tanya Chanyeol."Taxi?"kata Rose."Driver awak mana?"tanya Chanyeol."Ouh biarlah,saya malas nak kacau dia cuti-cuti ni"jawab Rose."Awak tak ada kereta ke?"tanya Chanyeol lagi."Boss kami tak benarkan kami memandu kereta sendiri"jawab Rose spontan."Kalau macam tu,tak apa lah.Saya hantarkan"Chanyeol mendukung Toben dan terus berlalu diikuti Rose dibelakangnya.
Dia bermundar-mandir di hadapan almari bajunya yang hampir sebesar dinding biliknya."Nak pakai baju apa ye?"tanya Sehun sambil menggaru kepalanya."Yah!!!!"Chen terus memasuki biliknya secara mengejut."Yah hyung"marah Sehun yang sudah terperanjat."HAHAHA.Sehun sshi,awak tengah buat apa?"tanya Chen sambil ketawa terbahak-bahak."Saya nak cari pakaian untuk dating"jawab Sehun spontan."Jinjja?(betul ke?"Chen terus menghampiri Sehun dengan muka terkejut dan Sehun mengangguk."Dengan siapa?"tanya Chen."Lalisa Manoban"jawab Sehun sambil tersenyum.Lagi sekali Chen terkejut besar.

Share this novel

Nurul Faidatul Amirah
2021-10-30 05:37:19 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience