PART 1

Fanfiction - KPOP Series 1130

"Kumpulan wanita paling berfashion tahun 2019 ialah BLACKPINK!!!!!!!"jerit pengacara majlis iaitu Irene Red Velvet,RM BTS dan Jihyo Twice.Ahli BLACKPINK yang sedang duduk di meja mereka hanya terkejut selepas nama kumpulan mereka disebut sebagai pemenang.Para BLINKS sudah menjerit-jerit tanda puas atas undian mereka untuk idola mereka.
"Anyeonghaseyo,saya Jennie mewakili semua ahli BLACKPINK,kami nak mengucapkan terima kasih kepada BLINKS sebab sentiasa support kami dan undi kami.Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada YG Entertainment kerana tanpa didikan mereka BLACKPINK tiada di sini."Semua artis yang berada di bawah hanya melihat mereka sambil menepuk tangan.Keempat-empat gadis itu mengakhiri ucapan mereka dengan menunduk hormat sebelum berlalu ke belakang pentas.
"Tahniah kami ucapkan kepada BLACKPINK atas kejayaan mereka."ucap Jihyo Twice selepas melihat ahli BLACKPINK pergi dari situ."Baiklah,kalau ada perempuan mesti ada lelaki kan?"tanya Irene kepada kedua-dua pengacara itu."Okay,mari kita teruskan dengan calon-calon bagi kumpulan lelaki paling berfashion pada tahun 2019"RM menghalakan tangannya kepada skrin besar di belakangnya.
Kedengaran peminat ada yang menjerit nama EXO,BTS,Wanna One dan lain-lain."Okay,tenang-tenang"tambah RM spontan sambil tergelak melihat gelagat para peminat mereka."Mana penyokong EXO???!!!!"jerit Irene melalui microphone nya.Kedengaran stadium itu dipenuhi dengan jeritan peminat-peminat."BTS???!!!!"RM menjerit dengan bersemangat untuk ahli kumpulannya dan membuatkan peminat-peminat mereka pun ikut menjerit sekali.
"Baiklah,tanpa membuang masa kami akan menyebutkan nama pemenang bagi anugerah ini"kata Irene sambil membuka sebuah kad di tangannya.Selepas mereka bertiga melihat kad tersebut,masing-masing tersenyum bangga membuatkan para artis dan peminat tidak senang duduk.
"EXO!!!!!!"jerit mereka bertiga serentak membuatkan ahli EXO yang sedang duduk bersantai terus berdiri dengan terkejut.Para peminat mereka terus-terusan menjerit untuk mereka.Kelapan-lapan ahli EXO terus berjalan menaiki tangga pentas sambil sesekali menunduk hormat kepada semua artis yang sedang berdiri sambil menepuk tangan untuk mereka.
"Anyeonghaseyo,saya Suho merupakan leader kepada EXO.Saya cuma nak cakap,tanpa EXO-L kami bukanlah sesiapa dan tanpa SM Entertainment kami tidak akan menjejakkan kaki disini"ucap Suho sambil membuat bentuk L menggunakan tangan kanannya diikuti member EXO yang lain.Selepas mengakhiri ucapan,mereka semua berjalan ke belakang pentas.
"Baiklah,suasana stadium ni pun semakin panas,jadi mari kita menyejukkan stadium ini dengan persembahan daripada Sunmi dengan lagunya Gashina dan Lalalay"kata Jihyo sebelum mereka bertiga pun beredar dari situ.
Semua artis berkumpul di atas pentas bagi penutupan MAMA Award.Mereka semua menyapa antara satu sama lain sambil mengucapkan tahniah.Sesekali mereka akan bergambar bersama kawan-kawan dari kumpulan lain ataupun berbual-bual.
"Pengumuman kepada semua pemenang sila berkumpul di belakang pentas bagi sesi menangkap gambar mengikut kategori masing-masing"kedengaran suara manager di corong pembesar suara.Semua pemenang mula bergerak ke belakang pentas dan artis-artis lain meneruskan perbualan mereka ataupun bergambar bersana fanclub masing-masing.
"Okay,kita mulakan dengan BTS dan Twice sebagai pemenang kumpulan paling popular."kata juru kamera kepada mereka dan kedua-dua kumpulan itu terus berdiri di hadapan kamera sambil memegang piala masing-masing."Seterusnya,artis solo paling popular Kang Daniel"katanya lagi sehingga ke akhir kategori."Okay,yang terakhir kumpulan lelaki dan perempuan yang paling berfashion"panggil juru kamera itu sedikit penat kerana mengambil gambar pemenang-pemenang.
EXO dan BLACKPINK menghampiri kamera.Sebelum bergambar masing-masing menunduk hormat sesama sendiri.BLACKPINK diarahkan untuk berdiri dan EXO diarahkan untuk duduk di hadapan mereka agar dapat memuatkan kedua-dua kumpulan itu dalam satu gambar.Masing-masing bergambar bersama piala masing-masing.Selepas 4 hingga 5 keping gambar diambil dan mereka semua pun bersurai."Tahniah BLACKPINK"ucap Suho dan ahli EXO yang lain sambil menunduk kepada mereka berempat."Tahniah jugak"ucap ahli BLACKPINK sambil menunduk dan memberikan senyuman manis kepada mereka juga.Selepas bersalaman,mereka pun bersurai.

------------------------------------------------------
Kelihatan ahli BLACKPINK sedang menjalankan photoshoot untuk NEW JALOUSE di Taiwan."Okay girls,kita rehat 10 minit"arah juru kamera lelaki itu.Jennie,Jisoo,Rose dan Lisa terus duduk di kerusi yang berhampiran dengan kawasan photoshoot.Kelihatan mereka berempat sangat penat.Sedang mereka berborak-borak,tiba-tiba seorang manager menghampiri mereka."Okay girls,lusa kita akan balik ke Korea sebab awak semua ada photoshoot untuk NATURE REPUBLIC bersama EXO"kata manager perempuan itu kepada mereka dan mereka berempat hanya mampu mengangguk.Semenjak mereka memenangi Kumpulan wanita paling berfashion,makin banyak produksi yang mengambil mereka untuk dijadikan model.
Ketujuh-tujuh orang lelaki itu memeluk Xiumin buat kali terakhir sebelum ahli tertua itu bertolak masuk ke Kem Tentera yang diwajibkan untuk semua lelaki Korea selama setahun setengah.Selepas memberi kata-kata terakhir dan bergambar buat kali terakhir,mereka bertujuh terus menghantar Xiumin ke kereta yang akan menghantarnya ke Kem tersebut.
"Hyung,please take care yourself"ucap Sehun sambil melambaikan tangan kearah kereta yang semakin jauh dari mereka."Hyung,I will miss you"tambah Baekhyun lagi sambil berpura-pura mengelap air mata membuatkan semua ahli EXO tergelak."Okay guys,marilah kita beransur pulang"ajak Chanyeol yang sudah duduk di atas motor skuter nya."Okay lah,jumpa kat rumah"masing-masing menaiki kereta masing-masing dan ada yang terus pulang kerumah ada juga yang melencong ke Mall ataupun tempat lain.Mereka menghargai masa cuti ini sebaik-baiknya kerana mungkin selepas ini mereka akan kembali sibuk dengan lagu baharu.
Ketujuh-tujuh lelaki itu sedang duduk di ruang tamu.Ada yang menonton televisyen dan ada yang sedang bermain telefon bimbit.Waktu pun sudah malam,jadi mereka malas mahu keluar dari rumah.
Tiba-tiba loceng rumah berdering dan Chanyeol yang sedang duduk berhampiran pintu terus membuka pintu.Kelihatan seorang manager mereka sedang berdiri di hadapan pintu.
Semua ahli EXO hanya tertumpu kepada nya.Mereka meninggalkan telefon bimbit dan televisyen sebentar kerana manager tersebut berkata ada perkara penting untuk diberitahu.
"Baiklah,saya nak bagitahu yang lusa kamu semua akan ada photoshoot untuk NATURE REPUBLIC bersama BLACKPINK"kata manager tersebut yang sedang berdiri di hadapan mereka.Semua ahli EXO memandang sesama sendiri."Okay??!!!"manager itu meninggikan sedikit suaranya selepas ahli EXO tidak memberi sebarang respon."Kami okay je"ucap Baekhyun serentak diikuti dengan ahli EXO yang lain.
"Ada sebarang soalan?"tanya manager tersebut dan ahli EXO hanya menggeleng."Jadi lusa kita akan berjumpa di Pejabat Nature Republic okay?"kata manager itu lagi dan EXO mengangguk."Baiklah,saya beransur pulang dulu.Selamat malam"ucap manager itu sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience