Bab 10

Short Story Completed 4513

Damia yang sejak dari tadi asyik mengintai ikut pintu dapur cepat-cepat mendapatkan Puan Mahirah yang tengah mengacau air gula. Ibunya hanya tersenyum sebelum mengangkat kening.

            “Macam mana?”

            “Err…” Damia bermain dengan hujung tudung labuh yang dipakainya sekarang. Haa… tudung labuh! Tudung ni salah satu daripada hadiah Inche Tunang. Alhamdulillah sejak dia dapat hadiah ni, dia dah mula pakai tudung labuh. Jangan salah anggap tau. Bukan sebab Inche Tunang, dia nak pakai tudung labuh ni tapi sejak beberapa hari ni, dia asyik bermimpi dia pakai tudung labuh. Akhirnya, pada pagi Jumaat hari tu, dia tekad menyarungkan tudung labuh dekat kepala.

            Puan Mahirah terus ketawa. Bukannya dia tak nampak muka anak gadis dia ni dah merah.

            “Mah, Mia… diorang dah sampai. Bersalam dulu…” Encik Harun muncul di dapur sambil tersenyum meleret. Diana yang tengah menyusun cawan di atas dulang terus tersenyum nakal sambil mencuit bahu adik lelakinya. Hari ni, sekali lagi mereka berdua balik ke kampung semata-mata nak tengok muka bakal adik ipar.

            “Mia… bawak cawan ni ke depan,” arah Diana.

            “Ala…”

            “Alang-alang nak ke depan tu, tolonglah bawak. Kak Long nak bawak kuih ni.”

            Perlahan-lahan Damia menyambut dulang di tangan Kak Long dengan muka yang berkerut-kerut. Haih, rasa macam nak luruh jantung dia dibuatnya!

            “Senyum la sikit,” kata Daniel sambil ketawa kecil.

            “Abang Ngah cakap senanglah! Mia takut tau!”

            “Nak takut apa? Bukan Am makan orang pun?”

            Damia mencebik. Geram betul! Dari jauh, dia dapat mendengar suara orang berbual. Tiba-tiba mata dia tertancap pada tubuh seorang lelaki yang membelakanginya sekarang. Makin longlai langkahnya ketika ini. Malu-malu!

            “Am, ayah perkenalkan anak ayah… Nurul Damia.”

            Saat itu, bukan setakat jantung Damia hampir-hampir nak berhenti berdegup tapi Ammar pun dah terkelu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience