Bab 12

Short Story Completed 4415

  “Comel, relaks okey!”

            Damia menyingsing sikit lengan baju kurungnya dan hanya menampakkan handsock yang dipakainya. Rafiq pulak tengah menenangkan Kachak. Macam tahu-tahu je bini dia ni nak bersalin kan?

            “Mia...”

            Damia terus berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut jugak bila dia nampak Ammar tengah berdiri di situ. Sekali dengan Abang Ngah jugak.

            “Do you want me to help you?”

            “Boleh ke? Kotor baju karang...”

            “Takpe...” Ammar dah mencangkuk di sebelah Damia. Berkerut-kerut dahi dia melihat macam mana Comel nak beranak. Nampak macm sakit sangat! Haa... ni baru tengok lembu beranak!

            “Awak!” Tiba-tiba Damia menjerit cemas.

            “Kenapa?”

            “Kepala anak Comel tersangkut! Abang, tolong pegang Comel ni!” Laju Damia memberi arahan. Daniel cepat-cepat mengambil tempat. Memang dah selalu pun dia tolong Damia menyambut anak lembu dengan kambing ni!

            “Hah?” Ammar dah mula kalut. Macam mana kepala anak lembu boleh tersangkut ni? Tiba-tiba Damia hulur sarung tangan getah dekat Ammar.

            “Pakai gloves ni,” arah Damia sambil menyarung gloves ke tangannya. Kemudian, dia capai rantai sebelum dia menyuruh Ammar untuk memegangnya.

            “Awak nak buat apa ni?” Naik terkejut Ammar bila dengan selambanya Damia menyeluk tangannya ke dalam ruang peranakan Comel. Hampir ternganga jugak mulut dia tengok Damia bersusah payah nak betulkan kedudukan anak lembu tu.

            “Ikatkan rantai tu kat kaki anak lembu ni.” Cepat Ammar bertindak sambil memandang sekilas ke arah Daniel yang tersenyum-senyum.

            “Awak tarik ikut pernafasan Comel tau. Macam kat hospital. Kira satu... dua... tiga pastu tarik! Saya akan suruh Comel push!”

            Ammar hanya mengangguk faham. Kali ni langsung tak dipedulikan baju kemeja dia yang dah kotor. Kalau dia bercerita dengan kawan-kawan dia pasal pengalaman menyambut anak lembu, mahu terlopong agaknya diorang semua!

            “Dah keluar!”

            Ammar menarik nafas lega. Nasib baik anak lembu Comel ni hidup lagi. Dia terduduk lemah di atas rumput. Penat dan mencemaskan betul!

            Terdiam dia seketika bila Comel menjilat lendir hidung dan mulut anaknya.

            “Tu bagi memudahkan pernafasan anak lembu,” terang Damia sambil tersenyum memandang Comel dan anaknya. Kachak yang tadi nampak agak tak tenang, akhirnya dah diam dan sesekali menguak.

            Kemudian Damia mengikat dan memotong tali pusat anak lembu itu sebelum disapu dengan iodine bagi mengelakkan jangkitan kuman.          

            “Done! Alhamdulillah...” Damia menarik nafas lega. Kemudian, dia mengerling ke arah Ammar sebelum tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience