Bab 2

Short Story Completed 4415

"NURUL DAMIA"

Aku balik ke kampung ni pun dengan satu tujuan aje. Untuk disatukan dengan lelaki yang telah dipilihkan oleh ibu dan ayah. Haa... mesti orang cakap cliché kan? Takde apa yang cliché bila kita berkahwin dengan lelaki yang dipilih oleh ibu ayah kita. Itu namanya jodoh. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku tak kisah pun kalau kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga kerana bagi aku, apa yang keluarga aku pilih mestilah yang terbaik buat aku. Ye tak?

“Membebel apa lagi tu? Cepat tolong akak gantung langsir ni!” Jerit Kak Long sambil mencebik. Aku hanya ketawa kecil sambil memanjat kerusi. Kak Long aku ni kecik molek orangnya. Aku ni pulak kemain tingginya. Sebab tu la aku sorang je yang mampu nak gantung langsir ni. Nak harapkan Abang Ngah, memang tak bergantung la langsir ni.

“Akak, bakal suami Mia tu handsome tak?” Aku control muka macho sambil gantung langsir walaupun jantung dah dup dap. Malu kot tanya soalan macam ni kat Kak Long!

Kak Long dah tersengih-sengih. “Handsome.”

“Ohh...”

“Lepas Mia dah siap gantung langsir, akak nak bagi something.”

“Apa dia?” Laju je aku berpaling dekat Kak Long. Tangan pun makin ligat menggantung langsir. Lepas siap, terus aku melompat turun dari atas kerusi dan terus mendapatkan Kak Long.

“Ni ada surat yang bakal suami Mia kasi.”

Dahi aku berkerut tapi tangan aku tetap mengambil surat dari tangan Kak Long. Amboi Inche Tunang, siap bagi surat segala!

 Bila Kak Long dah melangkah ke dapur, aku terus berdesup masuk ke dalam bilik. Surat Inche Tunang ni aku bukak perlahan-lahan. Dup dap dup dap jugak jantung aku dibuatnya.

Assalamualaikum awak,

Apa khabar? Maaf kalau surat saya ni menganggu awak. Kita dah selamat bertunang dan ini merupakan masa yang sesuai untuk kita taaruf dulu bagi mengenali diri masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Tersedak aku bila baca alam perkahwinan tu. Terasa membahang pulak muka sekarang ni. Nasib baik dia takde dekat depan mata. Kalau tak, mau dia gelak tengok aku macam ni.

Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dulu. Nama saya Muhammad Ammar binti Yusuf. Umur saya 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang juruterbang. Mungkin awak akan fikir yang bila saya ni seorang pilot, of courselah saya ni playboy kan?

            Aku mengangguk. Pilot kan selalunya playboy?

            Tak baik tau judge orang macam tu. Insya-Allah saya tak macam tu. Saya jadi pilot sebab saya suka awan. Saya kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Sama macam saya kagum dengan awak. Lagipun saya tahu malaikat kiri dan kanan bahu saya ni takkan pernah berhenti mencatat segala kebaikan dan keburukan yang saya lakukan. Jangan bimbang. Insya-Allah solat fardhu tak pernah saya tinggalkan dan takkan pernah tinggalkan.

            Tersedak lagi aku. Kagum dengan aku? Hahahaha! Apa yang aku dah buat sampai dia kagum sangat ni?

            Saya tahu awak mesti pelik kenapa saya kagum dengan awak? Sebabnya adalah awak sentiasa tabah dalam hidup awak walaupun awak pernah ditinggalkan oleh tunang awak sebelum ni. Maaf sebab saya bercakap pasal hal ni. Bukan bermaksud nak buat awak terasa atau apa, cuma saya nak cakap, saya kagum dengan awak sebab awak tabah. Ditinggalkan tunang pada saat-saat nak dinikahkan memang pedih. Walaupun saya tak rasa tapi saya tahu.

            Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Hampeh betul, Inche Tunang ni! Nak buat aku terharu ke apa ni?

            Lagi satu, saya kagum dengan awak sebab awak sudi terima saya walaupun awak tak kenal siapa saya ni. 

            Awak, saya ni kuat makan orangnya tapi saya tak cerewet. Saya akan makan apa je yang awak masak. Insya-Allah saya takkan merungut. Kalau saya merungut, sila marah saya dan tunjuk surat ni dekat saya ye.

            Sebelum saya mengundur diri, saya ada selitkan gambar saya dekat sampul surat. Saya tak handsome, saya ni biasa-biasa je dan saya harap awak akan menjadi pelengkap hidup saya.

            Ayat last tu memang menyentuh kalbu. Okey, aku mengaku yang Inche Tunang sangat sweet. Surat yang dia bagi, aku lipat lalu aku letak dalam kotak comel yang memang aku sembunyikan dalam almari. Gambar dia pulak aku tatap lama. Haaa... memang handsome!

            “Amboi, kemain senyum...” Aku terus pusing belakang sebelum menjerit.

            Macam mana Kak Long dengan Abang Ngah boleh masuk dalam bilik ni?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience