BAB 4

Horror & Thriller Completed 2833

Beberapa tahun lalu, sekumpulan 4 orang pemuda dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, telah memutuskan untuk melawat tapak runtuhan Highland Towers, di Ulu Klang. Kebetulan pada malam itu adalah malam jumaat.

Sebut sahaja malam jumaat, secara semula jadi sejak zaman dahulu sehingga kini, pemikiran orang melayu akan mengaitkannya dengan malam yang mudah untuk melihat atau berjumpa dengan hantu dan makhluk halus.

Mereka menaiki dengan sebuah kereta untuk sampai ke sana, dan mangsa yang digelarkan sebagai Afiq, duduk dibahagian belakang bersama seorang lagi rakannya.

Apabila tiba ke destinasi, mereka berpecah, berjalan sambil mengambil gambar, dan berkumpul semula ditempat kereta diletakkan kira-kira 20 minit kemudian.

Setelah berpuas hati dan bersetuju untuk pulang, mereka pun masuk kedalam kereta dan meninggalkan Higland Towers tersebut dengan bermacam-macam cerita yang dibualkan mereka dari pengalaman melawat tapak runtuhan itu sebentar tadi.

Biarpun mereka rancak berborak dengan pelbagai cerita sejak turun dari situ, mereka telah perasan satu perkara ganjil telah berlaku kepada Afiq. Afiq tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sejak tadi, walaupun setelah mereka sampai ke restoran mamak untuk minum.

Malah Afiq juga tidak memesan minuman atau pun makanan, dia hanya mendiamkan diri dan hanya menunduk memandang lantai. Tetapi masing-masing buat tidak tahu sahaja kerana tidak mahu mengganggu kalau-kalau dia sedang memikirkan masalah dirinya ketika itu.

Sementara menunggu pesanan yang diminta sampai, mereka menyambung kembali perbualan yang terhenti ketika membuat pesanan minuman tadi, dan tiba-tiba telefon bimbit kepada salah seorang dari mereka berbunyi.

Apabila melihat kepada nama yang terpapar di skrin panggilan pemanggil, dia kehairanan, kerana panggilan tersebut dibuat dari telefon bimbit Afiq yang disebelahnya.

Apabila ditanya kepada Afiq kenapa menelefonnya sedangkan dia berada di sebelah, Afiq hanya mendiamkan diri. Afiq pula dilihat seperti tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga melihat dia memegang telefon bimbit.

Apabila keadaan menjadi semakin bingung, pemuda tersebut menjawab juga panggilan 'Afiq' itu untuk kepastian apakah yang sedang berlaku sebenarnya.

Setelah menjawab panggilan tersebut, jelas kedengaran suara pemanggil tersebut adalah Afiq, dan telah membuatkan mereka semua terkejut dan serentak itu memandang ke arah 'Afiq' yang membisu itu.

Selepas membuat pengesahan dan yakin yang membuat panggilan itu adalah Afiq yang sebenar, mereka segera meninggalkan tempat tersebut dan memecut kembali ke Highland Towers untuk menjemput rakan mereka, Afiq yang sebenar itu.

Makhluk yang menyerupai Afiq itu juga turut mengikut mereka menaiki kereta sehingga sampai ke Highland Towers, dan turun sejurus mereka memberhentikan kereta ditempat yang sama ketika sampai kali pertama tadi.

Afiq yang sebenar juga telah lama berada disitu kerana menunggu, tetapi tidak dapat melihat perkara yang baru terjadi sebentar tadi. Setelah Afiq memasuki kereta, mereka terus memecut turun dan menceritakan perkara yang telah terjadi kepada 'Afiq'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience