BAB 9

Horror & Thriller Completed 2833

Last sekali, member aku tu ajar cara nak hantar benda tu balik.. Ada 2 cara.. Satu hantar cara baik.. Satu lagi halau.. Itu cara kasar lah..

Tapi aku pilih cara baik..

Cara dia, aku kena pergi hantar balik..
Hari yang sama, waktu yang sama, orang yang sama, kedudukan dalam kereta pun sama macam aku pergi dulu tu…

So, untuk tunggu hari yang sama tu, aku kena tunggu lagi 6hari. Bertahan je lah aku dalam masa 6hari tu hadap bunyi org ketuk-ketuk pintu, rasa di perhatikan, rasa ada orang intai2 luar tingkap..

Memang tak tenteram lah aku duduk rumah aku dalam masa tu. Itupun nasib dia takde nak tunjukkan diri dah. Aku pun takde nak pandang luar bilik sangat.. 6 hari tu, memang hidup aku dalam bilik je.

Lagipun, member aku yang tolong aku tu cakap, benda tu tak boleh masuk bilik yang aku duduk (masterbedroom). Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab pc aku 24/7 pasang ayat2 suci kot.

Lepas 6 hari, hari yang dinantikan untuk hantar benda tu balik telah tiba. Aku ingat lagi, hari tu hari Khamis.

Semua 6 orang member aku yang haritu tu datang rumah aku. Siap-siap nak gerak lah. Sebelum gerak, aku bukak pintu bilik tengah tu aku cakap “Dah, jom nak hantar balik”.. Lepas tu rasa tegak je bulu roma aku.

Betul-betul rasa macam ada benda follow kat belah kanan aku. Then kitorang jalan lah turun pergi kat kereta.

Atas kereta semua diam. Kereta rasa berat dan perjalanan pergi tu rasa lambat je nak sampai.

Bila sampai dekat area Highland Tower tu, aku park kereta, kitorang turun dan aku bukak pintu belah benda tu duduk (tempat seat kosong dalam kereta aku la sebab satu kereta kan 3 org).. Sekali lagi aku cakap, “Jom, nak hantar balik”.. Then, rasa meremang kuat gila. Memang rasa tegak je bulu roma sampai ke kepala..

Kitorang jalan sampai ke pintu masuk tempat tu, nak masuk ke kawasan tu, memang ada macam kayu penghadang yang authorities tutup. Tahun aku pergi tu takde lagi pintu zink yang macam dalam movie tu. Sampai je situ, aku cakap “Sampai sini je kitorang hantar, kitorang janji takkan datang lagi dan takkan kacau lagi tempat ni”….

Kemudian, kitorang ber-6 gerak pergi kat kereta.. Waktu jalan balik ke kereta, aku dapat rasa macam benda tertinggal di belakang..

Sebelum masuk kereta, kitorang baca 4Qul dan apa-apa yang patut… Then terus gerak balik. Lepas aku hantar 2 member aku yang tumpang aku tu blk rumah diorang, aku terus balik rumah aku. Sampai rumah, aku pagar rumah aku 4 penjuru. Aku azan. Sebab aku risau jugak. Wife aku nak balik esoknya tu nak kena ambik dia kat airport pukul 11.. Dah la dia baru beberapa minggu pregnant. Risau jugak aku..

Mulai dari saat tu, aku tak pergi dah kawasan tu. Kerja gila cari cari entiti tu pun aku dah tak buat. Aku serik. Tambah bila wife aku pregnant.

Member aku yang dulu tolong aku sampai demam-demam tu sempat tanya benda tu kenapa dia follow aku.. Benda tu cakap, dia suka aku.. Dia nak jadikan aku ni anak angkat.. Dia jugak suka rumah aku sebab rumah aku cantik.. Selesa.. Bilik tengah tu pulak ada perabot lengkap dengan katil semua tapi unoccupied..

Benda tu nak tolong jaga aku dan rumah aku..

Malah mak mertua aku pun ada suruh orang kat kampung tengokkan jugak,… Org tu pun ckp benda yang sama.. Benda tu suka aku dia anggap macam anak.. Dah seminggu dia dirumah aku baru dia tendang pintu tu.. Dia tendang pintu tu sebab dia nak aku tahu dia ada.. Kata orang kampung yang tengokkan tu, benda tu cantik orangnya.. Melayu.. Chinese look..

Perwatakan macam orang yang ada class.. Rambut lurus panjang.. Umur dalam 40an gitu.. Kulit putih tapi pucat.. Matanya merah.. Org kat kampung yang mak mertua aku jumpa tu ada cakap, Sesekali, lepas aku hantar, benda tu ada jugak datang rumah aku untuk tengok aku.. Tapi dah tak boleh masuk…

Aku syak besar kemungkinan entity tersebut adalah salah seorang mangsa runtuhan tersebut. Seram pula bila aku kenang semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience