BAB 3

Horror & Thriller Completed 2833

Pengalaman yang dilalui oleh seorang pemandu teksi di Ibu Kota ini, agak menyeramkan dan berlaku ditengah malam, ceritanya seperti ini:

Ketika itu waktu adalah pada sekitar jam 1 pagi, seorang pemandu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang di sekitar ibu kota bercadang untuk pulang kerumahnya, di Gombak, kerana kepenatan setelah dari pagi keluar mencari rezeki.

Didalam perjalanan memandu pulang dari pusat bandar, seorang wanita telah menahan teksinya, dan kerana merasa kasihan melihatnya yang keseorangan ditengah malam, dia membuat keputusan untuk memberhentikan teksi dan bertanya kemana wanita tersebut hendak pergi.

"Cik hendak ke mana?", tanya pemandu teksi itu dengan sopan.

"Saya hendak balik kerumah," wanita tersebut menjawab dengan kepalanya tunduk kebawah.

"Saya boleh hantarkan jika cik mahu", pemandu teksi itu menawarkan perkhidmatan teksinya, walaupun dia begitu keletihan ketika itu.

"Dimana rumahnya?"

"Di Taman Hill View, Higland Tower".

Pemandu teksi tersebut agak bersyukur kerana Taman Hill View terletak di sepanjang laluan ke rumahnya di Gombak, jadi dia boleh menggunakan lebuhraya MRR2 untuk kesana, tetapi didalam masa yang sama dia terlupa bahawa salah satu bangunan disitu telah runtuh dan bangunan disekitarnya juga sudah tidak berpenghuni lagi kerana telah berpindah atas arahan pihak berkuasa.

Setelah kira-kira 10 minit berlalu, ketika kedua-duanya diam membisu, secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut teringat akan peristiwa runtuhan bangunan di situ yang baru sahaja terjadi, dan beliau terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu.

Pelbagai persoalan timbul difikirannya, siapa wanita ini? Masih ada lagikah penghuni yang belum berpindah? Jika ada pun, berani betul wanita ini tinggal disitu kerana sudah pasti kawasan itu sudah tidak selamat lagi untuk dihuni.

Oleh kerana keinginannya yang begitu kuat untuk mengetahui siapa wanita itu, pemandu teksi itu terus bertanya kepadanya setelah sampai ke destinasi, "Cik masih tinggal disini ke?"

Lebih kurang dalam 30 saat, wanita itu baru menjawab, "Masa bangunan tu runtuh, saya ada didalam, dan kedua-dua kaki saya telah putus. Cuba abang tengok kaki saya ni, kudung dan berdarah".

Pemandu teksi itu tidak mahu melihatnya, tetapi kepalanya tetap menoleh ke belakang di kerusi penumpang dan dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, kedua-dua kaki wanita itu memang kudung dan dipenuhi darah.

Lututnya lemah, kakinya tidak bermaya lagi untuk menekan pedal minyak. Dia hanya mampu memandang dan terkaku apabila wanita itu membuka pintu teksi dan turun sambil merangkak menuju ke arah runtuhan bangunan tersebut sehingga wanita itu hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience