BAB 1

Horror & Thriller Completed 2833

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium setinggi 12 tingkat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.

Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Mengikut kepada laporan yang direkodkan, angka korban kepada runtuhan terbabit adalah seramai 48 orang, tetapi ianya dipercayai adalah lebih ramai lagi mangsa yang terperangkap pada masa itu dan masih tertanam tidak ditemui sehingga kini.

Selepas berlakunya runtuhan tersebut, 2 lagi block di kawasan itu dan beberapa block disekitarnya telah dikosongkan atas faktor keselamatan. Jadi, dengan kesan tapak runtuhan dan sebahagian mangsa yang tidak dapat dijumpai sehingga kini, bersama dua bangunan yang telah tidak berpenghuni selama 20 tahun, apa yang kamu akan bayangkan dan rasakan jika berada disana berseorangan ketika ini?

Sanggupkan kamu menerima tawaran sebanyak 1 juta ringgit untuk bermalam di tingkat atas sekali, disalah sebuah bangunan apartment tersebut tanpa sesiapa dan hanya kamu seorang diri? Berani? Cuba bayangkan beradu di sana walau untuk satu malam.

Sudah pasti, peristiwa hitam ini turut dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri dan seram. Sudah bersedia ‘bermalam’ di Highland towers?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience