BAB 6

Romance Completed 47331

Ameer Shafwan melangkah masuk ke dalam rumah selepas saja memberikan salam. Dengan tangan kanan membawa briefcase manakala tangan kiri membawa beg plastic yang berisi aiscream.

Tiba-tiba...

“Yeah, abang dah sampai! Mana aiscream Maira?.” Riang Umairah sambil berlari anak mendapatkan Ameer Shafwan di ruang tamu.

Terus saja Ameer Shafwan memasamkan muka. Merenung Umairah dengan pandangan tajam...

“Aik, salam mana? Abang baru aje sampai dah cari aiscream...Bukan abang ke yang Maira kena cari dulu? Ini yang abang nak jadi Hulk kat sini ni...” Sindir Ameer Shafwan.

Umairah menggaru-garu kepala yang tak gatal. Siap tersengih-sengih. Tahu yang dirinya bersalah...Pantas saja briefcase ditangan Ameer Shafwan diambil dan diletakkan di atas sofa.

“Waalaikummussalam abang. Maaf ye.” Ucap Umairah sambil mencium tangan suaminya itu.

“Hmm, tau takpe! Nah, abang dah belikan aiscream yang Maira nak tu. Abang beli sampai lima batang aiscream ni. Maira tu bukan boleh percaya. Abang tahu...Satu batang aiscream tu belum tentu cukup buat Maira. Biasalah, Maira ni kan jenis yang perut getah!.” Ejek Ameer Shafwan sambil tersenyum sinis.

Umairah menyambut beg plastic yang berisi aiscream itu sambil tersenyum-senyum manis bak gula! Ejekan Ameer Shafwan tidak dipedulikan. Yang penting, aiscream!

“Ejeklah, Maira tak kisah!.” Balas Umairah. Isi beg plastic itu dibelek-belek. Kemudian, tersenyum lega. Berpuas hati!

“Kenapa tiba-tiba Maira teringin nak makan aiscream ni? Mengidam ke?.” Usik Ameer Shafwan sambil duduk di sofa. Tali leher dibuka dan baju kemeja dilipat hingga ke paras siku.

Muka Umairah merona merah. Pantas saja lengan Ameer Shafwan dicubit kuat...Ameer Shafwan hanya ketawa di situ. Mana mungkin isterinya itu mengidam, isterinya itu belum disentuhnya lagi!

“Hah, siapa mengidam?!.” Tanya Puan Alisya yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

Umairah mengurut dada, terkejut...Manakala Ameer Shafwan hanya tayang gigi. Tersengih habis!

“Ni haa...Maira teringin nak makan aiscream. Ingatkan mengidam tadi...” Usik Ameer Shafwan lagi sambil menjeling muka Umairah yang sudah memerah itu.

Umairah ketap bibir...

“Maira mengidam ke? Ya Allah, syukur ke hadrat Ilahi. Dah check ke ni?.” Girang suara Puan Alisya sambil mendekati Umairah yang sedang berdiri di sebelah Ameer Shafwan. Tangan menantunya itu dipegang erat sambil tersenyum.

“Tak...Tak ibu. Maira tak mengidam. Maira memang macam ni kalau nak datang bulan. Mesti ada sesuatu yang Maira teringin nak makan.” Geleng Umairah sambil tersenyum kelat.

“Betul ke?. Tapi, elok Maira check. Kot-kot Maira tengah pregnant...” Cadang Puan Alisya sambil melihat Ameer Shafwan.

Umairah bertambah kalut. Apa aku nak cakap ni?! Bisik hati Umairah. Resah!

“Ibu...Maira tak pregnant. Belum ada rezeki lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki...Ibulah orang yang pertama dapat tahu. Maira memang macam ni kalau nak datang bulan...Mulalah nak pesan itu-ini. Kadang-kadang pening jugak...Ini tak tahu lagi kalau mengidam betul-betul. Entah apa lagi yang dipesannya.” Ujar Ameer Shafwan yang sudah berdiri dan memegang bahu Umairah. Matanya dikenyitkan pada Umairah dan tersenyum melihat ibunya. Kesian melihat wajah Umairah yang tercengang-cengang di situ...

Puan Alisya memegang pipi Umairah...

“Hmm...ibu bukannya apa. Teringin jugak nak cucu baru. Takpelah, kamu masih muda... Masih banyak masa lagi.” Kata Puan Alisya sambil tesenyum.

Umairah hanya tersengih disitu. Huh, nasib baik! Leganya dalam hati.

“Haa...tak cair ke aiscream Maira ni.” Kalut Puan Alisya sambil melihat beg plastic di tangan Umairah.
Umairah menepuk dahinya. Lupa! Pantas saja dia berlari anak ke dapur...Ameer Shafwan hanya melihat Umairah yang sudah berlalu ke dapur. Ibunya dipandang semula...

“Ibu ni...nak cucu baru buat apa? Tu haa, Abang Syawal dah bagi ibu 7 orang cucu...Abang Sam pulak, masuk yang Kak Tina tengah mengandungkan sekarang ini. Dah 5 orang. Itu belum lagi campur Kak Sania, 3 orang. Kalau diira-kira, semuanya 15 orang dah...Berapa banyak cucu yang ibu nak ni?.” Usik Ameer Shafwan sambil memeluk bahu ibunya itu.

Pantas saja Puan Alisya menampar lembut tangan anaknya itu...

“Ibu nak cucu ramai-ramai, biar meriah sikit. Kalau boleh, biar satu dozen setiap orang. Takpe, ibu lagi suka. Nanti, taklah ibu dan ayah kesunyian. Boleh layan karenah cucu-cucu ibu tu. Haa, kamu tu...Antara kamu adik-beradik, kamu yang bongsu. Jadi, kena bagi ibu cucu yang ramai tau...” Pesan Puan Alisya sambil tersengih.

Ameer Shafwan hanya tergeleng-geleng. Ibu...ibu....Gumamnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience