BAB 12

Romance Completed 47331

“Auchh...Auchhh...sakitlah abang!.” Adu Umairah sambil menolak tangan Ameer Shafwan yang melekat dipipinya.

Ameer Shafwan tetap mencubit pipi Umairah...

“Ini sebab buat abang risau tadi...Maira betul-betul kejutkan abang tadi.” Marah Ameer Shafwan dengan nada geram.

Umairah ketap bibir. Baru sebentar tadi ucapan kesyukuran diterima dari semua ahli keluarganya. Nasib baik dia tak apa-apa. Hanya kecederaan pada kakinya. Terseliuh!

Kemalangan yang melibatkan dia dan sebuah kereta. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu dari hadapan dipandu laju memasuki simpang tanpa menyedari dia berada di selekoh kanan. Nasib baik dia sempat mengelak!

Umairah hanya pasrah dengan kelakuan Ameer Shafwan. Salah dia jugak sebab buat orang risau...Tapi, malangkan tak berbau! Mana dia tahu yang dia akan terlibat dalam musibah hari ini. Ngomelnya dalam hati.
Umairah merenung wajah Ameer Shafwan yang berada di hadapannya itu. Tangan Ameer Shafwan yang masih melekat dipipinya dipegang erat.

“Maafkan Maira...” Ucapnya perlahan.

Jika difikir semula...Sebenarnya, dia pun takut dengan kejadian tadi. Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada dia? Tentu dia tidak dapat berjumpa dengan orang-orang kesayangannya lagi. Terutama sekali, Ameer Shafwan. Tanpa disedari, airmatanya mengalir...

Ameer Shafwan terkedu disitu. Lantas menarik Umairah ke dalam pelukannya.

“Maira minta maaf sebab...buat abang...risau.” Ujar Umairah di dalam pelukan Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan mengusap rambut Maira dan mengeratkan lagi pelukannya itu...

Tidak semena-mena, Umairah menolak tubuh Ameer Shafwan. Airmata yang mengalir dilap dan memegang erat tangan Ameer Shafwan.

“Abang, Maira nak cakap sesuatu! Kejadian hari ini menyedarkan Maira...Maira tak nak menyesal dikemudian hari. Dengar ye...” Umairah menarik nafas dan memegang erat tangan Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan hanya terkebil-kebil di situ.

“Abang...Maira sayangkan Abang! Sayang sangat-sangat! Bukan setakat sayang. Maira dah jatuh cinta dengan abang. Serius! Maira...”

Chup!

Umairah terkedu...Apa yang dia ingat, senyuman nakal Ameer Shafwan dan kucupan kedua di ubun-ubunnya.

Ya Allah, terima kasih dengan kesempatan yang Engkau berikan ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience