BAB 5

Romance Completed 47331

Ameer Shafwan mengemas fail dan kertas yang bertaburan di atas mejanya. Tugasnya sebagai arkitek memerlukan ruang yang luas dan masa yang lebih untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi. Jam di tangan dikerling sambil mengurut tengkuknya. Penat menghadap pelan dan computer sepanjang hari.

Jarum jam dipergelangan tangan diperhatikan. Dah masuk pukul 5:30 petang. Masa untuk balik. Hujan yang semakin lebat di luar diperhatikan sebelum mengambil briefcase di atas meja.

Handphone yang berbunyi dipoket seluar diambil tanpa melihat gerangan siapa yang meneleponnya disaat ini.

“Assalamualaikum abang...” Suara ceria di hujung talian membuatkan Ameer Shafwan tersenyum.

“Waalaikummussalam...Hah, nak apa?.” Tanya Ameer Shafwan dengan nada selamba. Kemudian, tersenyum nakal...

“Amboi...tak menyempat! Ni haa...Maira nak pesan sesuatu. Boleh ke?.” Tanya Umairah. Direct to the point!

Ameer Shafwan tersengih di situ...

“Boleh...Tapi, malam ni upah urut bahu abang! Boleh ke?.” Pinta Ameer Shafwan dengan senyuman meleret.
Kedengaran keluhan di hujung talian...

“Hish, abang ni! Sikit-sikit nak upah, sikit-sikit nak upah...Abang ni suka tau ambil kesempatan dalam kesempitan. Maira cuma nak pesan hati-hati pandu kereta tu. Sekarang ni hujan. Bukan hujan rintik...Tapi hujan lebat. Ditambah lagi dengan jalan yang jammed. Lagi, tolong singgah kat kedai. Tolong belikan aiscream ‘Matkool’ perisa coklat ye...Teringin pulak nak makan aiscream tu. Setakat ini, itu aje pesanan Maira. Boleh ke?.” Ucap Umairah panjang lebar.

Ameer Shafwan ketawa kecil.

“Aik, ini siapa yang suka ambil kesempatan... Abang atau Maira? Pandai ye, pesanan pertama tu saja nak cover line kan. Nak ambik hati abang...Tapi, sebenarnya...pesanan Maira adalah yang kedua tu. Aduh, isteri siapalah ni?...” Sakat Ameer Shafwan.

Ameer Shafwan tersenyum di situ apabila mendengar ketawa Umairah di hujung talian. Comel pada pendengarannya!

“Haih, isteri siapa lagi...Tentulah isteri Ameer Shafwan Bin Hj. Bakri!.” Sahut Umairah dengan nada suara riang.

“Amboi, perli nampak! Yalah, nanti abang belikan. Abang dah nak gerak ni. Tunggu abang sampai. Okeylah, assalamualaikum...” Ucap Ameer Shafwan lalu menekan kunci automatik kereta Toyota Camrynya itu.

“Baiklah...Waalaikummussalam. Hati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Hahaha...” Pesan Umairah sebelum mematikan talian.

Ameer Shafwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lagi sambil tersenyum di situ. Alahai, bini aku...Ngomelnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience